awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula

Bernama
Bernama
26/04/2025
10:30 MYT
PRK Ayer Kuning: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula
Peti undi daripada 63 saluran dibawa ke pusat penjumlahan rasmi di Dewan Merdeka, dengan keputusan dijangka diumumkan seawal 9 malam. - Foto Bernama
TAPAH: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berakhir selepas kesemua 19 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi, ditutup secara rasmi.

Ringkasan AI
  • Kesemua 19 pusat pengundian ditutup secara rasmi, dengan 18 pusat ditutup pada 6 petang dan satu pusat ditutup lebih awal pada 4 petang.
  • Peti undi daripada 63 saluran dibawa ke pusat penjumlahan rasmi di Dewan Merdeka, dengan keputusan dijangka diumumkan seawal 9 malam.
  • PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya dan menyaksikan pertandingan antara calon BN, PN, dan PSM.

Sebanyak 18 pusat pengundian ditutup pada 6 petang ini, kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 63 saluran akan dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Merdeka, di sini.
Keputusan rasmi PRK berkenaan dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seawal 9 malam.
Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi berdaftar bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Setakat 4 petang, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 54 peratus.
Pada Selasa lepas, sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.
Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#pusat pengundian ditutup
#pengiraan undi bermula
#SPR
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan