awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: 'Drama' bila calon bebas, Abu Backer Sidek koyak borang pencalonan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/06/2016
02:24 MYT
PRK: 'Drama' bila calon bebas, Abu Backer Sidek koyak borang pencalonan
Beliau yang lantas berdiri selepas menepuk meja berkata; "saya pun ada maruah," dengan nada yang tinggi. - Gambar Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
Proses Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dikejutkan apabila salah seorang calon Bebas bertindak menepuk meja pendaftaran pencalonan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.
Datuk Abu Backer Sidek Mohamad bertindak sedemikian ketika menyerahkan borang pencalonan di hadapan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria.
Beliau yang lantas berdiri selepas menepuk meja berkata; "saya pun ada maruah," dengan nada yang tinggi, mengejutkan hadirin yang berada di dalam dewan itu.
BACA: Perspektif: Pra-penamaan, penamaan dan calon yang dinamakan
Namun, selepas beberapa saat, beliau dilihat bersalaman dengan Mior Muhammad Jamil.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi. Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun.
Topic Berkaitan
#Abu Backer Sidek Mohamad
#Mior Muhammad Jamil
#PRK Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan