awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Chempaka: Pusat mengundi ditutup, keputusan dijangka 9.30 malam

Bernama
Bernama
22/03/2015
09:07 MYT
PRK DUN Chempaka: Pusat mengundi ditutup, keputusan dijangka 9.30 malam
Sembilan pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditutup 5 petang ini. - Foto Bernama
Sembilan pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditutup 5 petang ini.
Sembilan pusat berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah, SK Sabak, SK Parang Puting, SK Kem, SK Che Deris, SK Seri Chempaka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, SMK Pengkalan Chepa, dan Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri Chempaka.
Kesemua pusat pengundian itu dibuka mulai pukul 8 pagi ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), keputusan rasmi PRK itu dijangka diumumkan 9.30 malam ini.
PRK DUN Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.
PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.
Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.
PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Feb lepas.
Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada PRK ini bagi memberi tumpuan kepada kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember lepas.
Topic Berkaitan
#Chempaka
#DUN
#Kelantan
#Nik Aziz
#Pengkalan Chepa
#PRK
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan