KUALA LUMPUR : Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan bukan isyarat bahawa masyarakat sudah mula menerima parti itu.
Pengarah Komunikasi pusat kajian Research for Social Advancement (REFSA), Raja Ahmad Iskandar Fareez menjelaskan, gabungan parti anti-BN mungkin gagal pada pilihan raya kali ini, namun tidak mustahil blok itu akan menawan semula hati pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
"Kita dapat lihat banyak kerusi dimenangi BN. Namun, saya nak tegaskan, ini tidak boleh menjadi isyarat bahawa masyarakat sudah mula menerima BN.
"(Undi) Pengundi anti-BN yang kita sudah lihat, kali ini terpecah dan masih ada ruang untuk blok ini menambat hati pengundi pada PRU15.
"Apabila nampak parti-parti blok pembangkang bertelagah, sebelum kempen, itu yang mematahkan semangat pengundi di blok pengundi anti-BN," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
BACA : PRN Johor: BN menang majoriti mudah, 29 kerusi
Tambah beliau, walaupun Undi18 telah dilaksanakan pada pilihan raya negeri kali ini, namun, blok anti-BN tidak cukup bersemangat dan menyebabkan kemenangan berpihak kepada BN.
Dalam pada itu katanya, gabungan parti pembangkang perlu sedar bahawa blok itu tidak boleh mengikut formula digunakan BN bagi memenangi pilihan raya.
"Tiada parti dalam gabungan pembangkang yang sepatutnya berlagak seperti 'abang besar'. Kerjasama rentas parti seharusnya tulen dan ikhlas," katanya.
Blok pembangkang juga perlu sentiasa bekerjasama dan memastikan tiada parti yang bergerak secara solo atau bersendirian, katanya.
"Kita dapat lihat dalam PRN Melaka dan Johor, banyak undi terpecah... lagi-lagi apabila di Johor hanya dua logo, tiada kesatuan, belaku pertelagahan antara MUDA dengan PKR yang memberi bayangan blok ini tidak bersedia menjadi kerajaan.
"Kalau nak jadi kerajaan perlu memberi bayangan bahawa mereka akan jadi kerajaan dan mampu memberikan idea dan polisi yang baik untuk kehidupan.
"Malah, retorik politik tidak semestinya boleh pakai. Orang nak tengok bagaimana mereka boleh beri tawaran yang boleh menyentuh hati rakyat dan membuatkan pengundi mahu mengundi pada PRU15," ujarnya.
BACA : BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik
Rahimah Abdullah
Sun Mar 13 2022

Raja Ahmad Iskandar Fareez menjelaskan, gabungan parti anti-BN mungkin gagal pada pilihan raya kali ini, namun tidak mustahil blok itu akan menawan semula hati pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. - Gambar fail/ Astro AWANI

Raja Perlis tegur segelintir penjawat awam di Perlis penting diri
Raja Perlis Tuanku menegur cara kerja segelintir penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu apabila didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.
AWANI Ringkas: RM800 juta kerugian penipuan pelaburan tidak wujud
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Air Selangor tempa nama di persada antarabangsa
Penganugerahan ini menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
Pelajar tahfiz cemerlang akan terima tajaan biasiswa penuh di dua universiti
Semua pelajar tahfiz yang cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 10A ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM) akan menerima tajaan biasiswa penuh di dua universiti tempatan.
1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Bagi meraikan kedatangan musim haji tidak lama lagi, Warnakala Studios mengambil inisiatif menganjurkan program Haji Kids ke Baitullah, simulasi haji untuk kanak-kanak peringkat negeri Melaka 2025.

25 penerima darjah, pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82.
Saifuddin Nasution nafi wujud politik wang
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan berlaku politik wang dalam PKR.

PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82
Anwar mendoakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Xiaomi bakal perkenal cip SoC 'Xring01' yang dibangunkan sendiri
Ini merupakan langkah strategik Xiaomi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Polis kesan lelaki bawa anjing ke restoran halal di Segamat
Siasatan awal mendapati insiden terbabit berlaku pada 11 Mei lalu kira-kira jam 12 tengah hari di sebuah restoran nasi kandar di Segamat Baru.

REFSA: Pemerkasaan Dewan Negara perlu ditekankan dalam agenda Transformasi Parlimen
Badan pemikir progresif, Research for Social Advancement (REFSA), menyarankan pemerkasaan peranan Dewan Negara sebagai salah satu komponen utama agenda Transformasi Parlimen.

PRU15: Perbaiki institusi Parlimen, bawa rakyat dekati politik
Penyertaan rakyat akan membawa impak yang besar untuk membantu mencorakkan kematangan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli parlimen.

PRN Johor: Menang banyak kerusi bukan isyarat masyarakat terima BN - Penganalisis
Kejayaan BN memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor disifatkan bukan isyarat bahawa masyarakat sudah mula menerima parti itu.

Sidang Khas Parlimen medan terbaik perjelas kepincangan tangani bencana banjir - REFSA
Keputusan dalam menangani bencana banjir baru-baru ini juga katanya tidak harus hanya bergantung kepada kerajaan Pusat semata-mata.

Belia pemangkin dalam reset politik, kukuhkan demokrasi
Golongan belia dijangka akan menjadi pemangkin kepada reset atau permulaan semula dalam sistem politik negara pada tahun baharu ini.

Cari kekuatan pemulihan ekonomi pada persidangan Parlimen akan datang - REFSA
Malah katanya pihak kerajaan juga seharusnya menjalinkan kerjasama yang baik dengan pembangkang.

Perlu segera tubuhkan Jawatankuasa Parlimen Khas bipartisan - REFSA
Azalina mengutuskan surat kepada Peguam Negara yang antara lainnya mencadangkan agar Jawatankuasa Parlimen Khas yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Jual nama calon perdana menteri sudah tidak relevan - Iskandar Fareez
Apa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pakatan yang ingin memenangi hati pengundi ialah, menyediakan barisan kepimpinan berkaliber yang berpotensi menerajui kerajaan.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat perlu ada peranan lebih luas - REFSA
Peranan yang lebih luas perlu, memandangkan sistem semak dan imbang negara tergantung seketika akibat penggantungan Parlimen

Belanjawan 2021: Kurang 'umphh', visi selamatkan ekonomi rakyat kurang jelas - Ong Kian Ming
Belanjawan 2021 dilihat tiada visi yang nyata dalam menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi rakyat yang terkesan.