ISKANDAR PUTERI: MIC tidak mempunyai masalah jika Barisan Nasional (BN) memperuntukkan kerusi kepada parti mesra BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor asalkan tidak menyentuh kerusi tradisionalnya, kata Presidennya Tan Sri S.A Vigneswaran.
"(BN boleh) mempertimbangkan kerusi UMNO dan sebagainya, tiada masalah, pertimbangkan sesiapa pun tak ada masalah asalkan bukan kerusi kita (MIC)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan EduCity di sini semalam.
Vigneswaran berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada pembahagian kerusi antara BN untuk PRN tersebut turut melibatkan parti mesra BN.
Sebelum ini, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) dilaporkan ada membuat permintaan untuk turut bertanding kepada kepimpinan tertinggi BN bersandarkan kesetiaan mereka bersama gabungan berkenaan selama ini.
Ditanya mengenai hasrat UMNO untuk bertukar dengan kerusi tradisi MIC iaitu Gambir dan Kahang, Vigneswaran berkata di dalam BN ada semangat tolak ansur.
Beliau berkata ketika ini MIC sedang berunding dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi).
"Kami mengharapkan berita baik," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, MIC bertanding di empat kerusi namun memenangi kerusi Kahang dan Tenggaroh dan tewas di Gambir dan Skudai.
Sementara itu, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata sekiranya BN memenangi PRN Johor, skim kuota menegak kerajaan (KMK) juga perlu dikembalikan semula bagi memberikan peluang perumahan kepada semua masyarakat.
"Kalau dulu kuota KMK ada 10 peratus disediakan untuk rakyat India tetapi Pakatan Harapan (PH) merasakan bahawa kita menggunakan KMK sebagai satu daripada penyalahgunaan kuasa.
"Kalau kita menang esok (PRN Johor), KMK ini perlu kita kembalikan semula kepada semua masyarakat kerana itu perkara paling penting untuk beri peluang perumahan kepada semua masyarakat," katanya ketika berucap pada majlis itu.
Turut hadir, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan, Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi MIC Johor R.Vidyananthan, Ketua Wanita MIC Datuk Mohana Muniandy dan Ketua Pemuda MIC K.Raven Kumar.
Sementara itu, Hasni berkata terma pengundi muda seharusnya diubah kepada pengundi baharu bagi membezakan dengan parti MUDA.
"Kalau kita menghadapi pengundi automatik ini, saya harap tidak ada lagi hari ini kita mengatakan pengundi muda.
"Tidak, jangan sebut muda, sebut pengundi baharu. Saya tidak mahu parti MUDA itu seolah-olah mewakili orang muda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 13 2022

Vigneswaran bersama Hasni (tengah) dan Hishammuddin (kiri) menghadiri perasmian Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri, 13 Feb 2022. --fotoBERNAMA

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

BN Perak yakin mampu kuasai kembali Parlimen Tambun pada PRU15
Barisan Nasional (BN) Perak menzahirkan keyakinan bahawa gabungan politik itu mampu menguasai kembali kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Permohonan PBM dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN - Mohamad Hasan
Keputusan permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pertengahan bulan ini.

Bersatu anggap tindakan PBM memalukan, 'good luck to them' - Wan Saiful
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan permohonan PBM untuk menyertai gabungan Barisan Nasional adalah satu tindakan yang sangat memalukan.

BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan itu berkata demikian selepas dilantik sebagai Bendahari BN Selangor, pada Ahad.

Letak tokoh profesional sebagai calon BN, rampas semula Selangor - Zahid Hamidi
Golongan 'warlord' BN sebagai orang politik harus berjiwa besar untuk menerima kelompok profesional selain memulakan pencarian calon lain yang dapat membantu kemenangan gabungan itu.

Perit jadi pembangkang, Noh Omar mahu BN tawan semula Selangor
Barisan Nasional (BN) Selangor perlu menawan semula kerajaan negeri itu selepas merasai keperitan menjadi pembangkang selama tiga penggal.

PRU15: MoU telah berakhir, BN tidak perlu layan kehendak pembangkang, Bersatu - Zahida
Barisan Nasional (BN) tidak perlu melayan kehendak pembangkang dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu lengah-lengahkan pilihan raya umum diadakan.

UMNO, BN bergerak solo pada PRU15 - Mahdzir
Dalam situasi semasa, agak sukar buat UMNO dan BN untuk kembali pada gagasan Muafakat Nasional.

PRU15: BN perlu tampilkan lebih banyak muka baharu - Ahmad Zahid
Menampilkan muka baharu sebagai calon PRU telah terbukti berjaya mendapat sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor.

Sayap Puteri BN diluluskan secara rasmi
Kesiapsiagaan jentera Puteri BN ditulang belakangi oleh Puteri UMNO melebihi kesiapsiagaan mana-mana pilihan raya umum lalu.