KLEBANG: Seramai 595 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO dalam dua majlis berasingan di Melaka malam tadi.
Di Sungai Udang, seramai 95 ahli Bersatu Kampung Bertam Hulu mengumumkan keluar parti itu serta-merta.
Rosjihan Abdul Rahman, 62 tahun, yang sebelum ini Pengerusi Tetap Bersatu cawangan itu mendakwa, tindakan berkenaan diambil selepas mereka kecewa dengan kepimpinan sedia ada.
"Saya telah dilantik sebagai sidang dan juga Pengerusi Tetap Bersatu Cawangan Kampung Bertam Hulu, Timbalan Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perikatan Nasional (PN) Bertam Hulu sebelum ini... (tetapi) saya umumkan dengan rasa ikhlas hati saya keluar daripada Bersatu dan saya letak segala jawatan di dalam parti dan juga PN.
"Saya keluar Bersatu atas sebab tiada ketelusan dalam segala aspek pentadbiran Kampung Bertam Hulu, parti Bersatu bukan untuk penduduk tapi kepentingan (pemimpin) diri sendiri untuk berada di atas," dakwanya.
Beliau kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dalam satu majlis ringkas di sini.
Sementara itu, seramai 500 ahli Bersatu di empat PDM di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu didakwa melakukan tindakan sama.
Kesemua mereka terdiri daripada ahli Bersatu di PDM Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit dan Kampung Pengkalan Batu.
Memetik laporan Utusan, bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Pasir Puteh, Huslan Naim berkata, tindakan itu diambil selepas kesemua mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negeri dan Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya.
"Sikap pilih kasih ini menyebabkan kami tidak tidak puas dengan kepimpinan Bersatu termasuk Ketua Bahagian, Mohd Azrudin Md Idris yang merupakan calon PN DUN Pengkalan Batu.
"Oleh itu kami 500 ahli mengisytiharkan keluar Bersatu berkuat kuasa serta-merta," jelasnya pada sidang media di Bachang malam tadi.
Fareez Azman
Wed Nov 17 2021
Di Sungai Udang, seramai 95 ahli Bersatu Kampung Bertam Hulu mengumumkan keluar parti itu serta-merta. - Foto Astro AWANI
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.