JASIN: Naib Presiden Pas Senator Idris Ahmad menegaskan pertembungan antara Pas dan UMNO di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya pertandingan persahabatan.
Malah, jelasnya, Pas juga masih kukuh dengan pendiriannya dalam memainkan peranan sebagai pendamai antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Kita (Muafakat Nasional) masih wujud seperti biasa, yang mana kita tetap hendak menjadikan atau mendamaikan (hubungan) supaya perpaduan kita terus kekal.
“Pertandingan (pertembungan kerusi) ini juga lebih kepada pertandingan persahabatan, pertandingan yang dianggap sebagai suatu persahabatan di kalangan kita semua,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bilik Gerakan (Perikatan Nasional) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, di sini malam tadi.
Terdahulu, beliau mengulas isu keutuhan permuafakatan antara UMNO dan Pas susulan pertembungan kerusi antara dua parti itu pada PRN Melaka yang bakal berlangsung 20 Nov ini.
Dalam pada itu, mengulas soal persepsi yang menganggap keputusan Pas bertanding di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) semata-mata mengejar jawatan dan bukan demi muafakat ummah, katanya itu hanya pandangan peribadi individu.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, semua calon Pas yang bertanding kekal dengan prinsip parti untuk menyatukan semua pihak.
“Persepsi ini kita tidak dapat nak elak, terutamanya di media sosial kerana apabila kita kata hitam, dia kata putih, itu sudah jadi satu kebiasaan.
“Jadi, masyarakat tidak terima realiti yang berlaku. Yang penting ialah, kita menunjukkan sikap untuk menyatukan dalam kalangan kita semua,”jelasnya.
Dalam PRN Melaka, persaingan sekurang-kurangnya tiga penjuru berlaku di semua 28 kerusi DUN, dengan Pas dan UMNO bertembung di tujuh kerusi - Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Duyong, Serkam, Merlimau dan Bukit Katil.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Nov 11 2021
Idris berkata, semua calon Pas yang bertanding kekal dengan prinsip parti untuk menyatukan semua pihak. - Astro AWANI
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua tangkapan dibebas tanpa syarat
Tangkapan yang dibebaskan ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pelajar IPT yang ditangkap pada hari kejadian.
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Presiden Rusia, Vladimir Putin memuji Presiden Iran, Ebrahim Raisi sebagai rakan strategik yang sangat dipercayai dan mengesahkan hubungan baik antara Rusia dan Iran akan berterusan.
Beberapa negara boleh main peranan dalam isu Gaza, walau sementara
Setiausaha Negara AS. Antony Blinken pada Selasa berkata beberapa negara boleh memainkan peranan penting, "sekurang-kurangnya secara sementara," jika diperlukan dalam membantu menawarkan sebarang bentuk keselamatan bagi Gaza selepas perang.
Bercakap pada pendengaran Jawatankuasa Kecil Peruntukan Senat, Blinken membuat komen itu apabila ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk mengendalikan Semenanjung Gaza.
Bercakap pada pendengaran Jawatankuasa Kecil Peruntukan Senat, Blinken membuat komen itu apabila ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk mengendalikan Semenanjung Gaza.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.