KUALA LUMPUR: Sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak sebaiknya biarlah diputuskan selepas pilihan raya, kata Pengerusi Perikatan (PN) Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata buat masa biarlah proses Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) berjalan lancar, dan beri peluang untuk rakyat Melaka memilih kerajaan yang hendak dibentuk.
"Saya tidak katakan kita bersedia bekerjasama atau tidak bersedia bekerjasama... jawapan saya jangan diputar media mengatakan saya bersedia, saya tidak berkata begitu, 'I am non-committal'.
"Saya mahu melihat apa keputusan pilihan raya dan selepas itu kita akan atur apa langkah strategi kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama 'British Malaysia Chamber of Commerce' di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan semalam bahawa BN, sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan dan tidak hanya terhad kepada PN sahaja, sekiranya hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi.
"Yang penting kita teruskan usaha yang akan memutuskan nanti akhirnya pengundi-pengundi akan nilai setiap parti bertanding mereka nak sokong mana... harap mereka sokong PN dan apa pun soal berbangkit selepas itu akan lihat selepas itu.
"Kalau pengundi Melaka faham dan tahu ini adalah pilihan raya untuk negeri bukan Pilihan Raya Kecil yang nak pilih wakil rakyat seorang...sewajarnya ada satu pandangan yang agak menyeluruh undi mereka untuk bentuk kerajaan," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 15 kerusi iaitu 8 (DAP), 3 (PKR), 2 (Amanah) dan 2 (Bersatu).
Pada 2020, PN mengambil alih kerajaan dengan 17 kerusi iaitu 14 BN, dua Bersatu dan satu Bebas sebelum empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Muhyiddin berkata buat masa biarlah proses PRN berjalan lancar, dan beri peluang untuk rakyat Melaka memilih kerajaan yang hendak dibentuk. - Gambar/ Astro AWANI
Lelaki kekal dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol budak umur 4 tahun
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak.
[TERKINI] Reaksi peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional
Bersama kita di dalam talian Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid, untuk memberi pandangan secara terus berkenaan dengan pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).
[TERKINI] Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim & Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hadir ke Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategy [NACS]) Anjuran SPRM di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Apple sedang bangunkan cip kendiri untuk jalankan perisian AI
Cip AI kendiri ini akan digunakan di pusat data Apple dengan ini
Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
AWANI Ringkas: Proton catat pertumbuhan 17.1% untuk April
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.