POLITIK
PRN Sabah: Tiada pertindihan kerusi antara BN-PH - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru dijangka tidak dapat dielakkan berikutan kemungkinan penyertaan parti lain serta baharu pada PRN kali ini. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Pengagihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah dimuktamadkan tanpa sebarang pertindihan, kata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
- BN dan PH telah memuktamadkan pengagihan kerusi PRN Sabah tanpa sebarang pertindihan, menunjukkan kesepakatan kukuh antara kedua-dua gabungan.
- Tiada rundingan langsung antara BN dan GRS, sebagai tanda menghormati hubungan PH-GRS dalam landskap politik negeri.
- Pertandingan tiga penjuru atau lebih dijangka berlaku berikutan penyertaan parti baharu yang semakin banyak di Sabah.
"Yang sudah dimuktamadkan adalah BN-PH dan kita menghormati PH-GRS. Tidak ada rundingan secara langsung antara BN dan GRS. Jadi setakat itu, perundingan yang lain supaya dielakkan daripada tiga penjuru ataupun pertindihan kerusi itu dilakukan di belakang tabir.
"Namun saya rasa oleh kerana terlalu banyak parti baharu di Sabah mahu menyertai pilihan raya kali ini, tentunya pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan, mungkin hingga lapan penjuru. Itu terpulang kerana ia adalah landskap politik di Sabah. BN-PH tiada pertindihan kerusi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 di sini hari ini.
Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata rundingan kerjasama dan agihan kerusi dalam gabungan BN, PH dan GRS bagi menghadapi PRN itu hampir selesai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami