awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Terengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi Pas' - Ahmad Said

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
23/06/2023
01:00 MYT
PRN: 'Terengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi Pas' - Ahmad Said
Ahmad Said berkata pelbagai pembangunan telah dirancang bagi memajukan negeri berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
MARANG: Terengganu mungkin akan menjadi seperti 'Kelantan kedua' jika tampuk pemerintahan negeri itu tidak beralih kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Pengerusi Barisan Nasional Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata negeri itu juga akan ketinggalan dari segi pembangunan dan sebagainya.
Justeru itu beliau menggesa rakyat menukar undi mereka kepada BN untuk memastikan negeri itu terus mengecapi pembangunan.
"Maknanya tiada membangun, tiada apa tapi orang Kelantan tidak mengapa, dia boleh cari kerja di Kuala Lumpur. Orang Terengganu tak berapa keluar, jadi mangsa.
"Kelantan air kuning berapa puluh tahun sudah, 30 tahun lebih, tak selesai lagi tidak menjadi masalah kepada orang Kelantan.
"Anak orang Kelantan berkerja di Kuala Lumpur, balik undi Pas selalu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran jentera pilihan raya negeri BN Terengganu di Marang, malam tadi.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu juga berkata pelbagai pembangunan telah dirancang bagi memajukan negeri berkenaan.
Katanya lagi pentadbiran kerajaan negeri dan pusat juga perlu selaras bagi menggelakkan permasalahan dari segi peruntukan dan sebagainya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Pas berjaya merampas Terengganu daripada BN dengan majoriti mudah selepas memenangi lebih separuh daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menerusi keseluruhan kerusi yang dipertandingankan itu, Pas memenangi 22 kerusi manakala BN 10 kerusi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#PRN
#BN
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan