KUALA LUMPUR: Cadangan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera adalah bagi menyelesaikan secara tuntas dan muktamad krisis pentadbiran yang melanda negara.
Jelas Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, apabila mandat dikembalikan semula kepada rakyat dan jelas siapa yang menjadi pilihan mereka, barulah kerajaan yang dibentuk nanti dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk mentadbir negara dengan lebih baik.
Kerajaan yang tidak stabil ini, kata Tok Mat, sukar untuk meyakinkan pengamal demokrasi dunia juga pelabur, kerana ia bukannya yang dipilih rakyat pada PRU yang lepas dan beberapa kali sudah bertukar tangan.
“Itu sebabnya kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri terpaksa buat perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) agar iklim politik dapat ditenangkan.
“Jadi bagi saya adalah lebih baik untuk kita ‘once and for all’, pulangkan semula mandat kepada rakyat seperti apa yang berlaku di Melaka untuk rakyat pilihlah, agar kita senang tak perlu berhujah pasal politik pagi petang siang malam akhirnya kesejahteraan rakyat terbiar.”
Maka gesaan segera itu jelas Tok Mat tidaklah begitu mendesak dan masih ada ruang waktu untuk rundingan dan penyusunan strategi ketika semangat kemenangan di Melaka itu masih ada dan dapat dibawa ke pentas pertandingan seterusnya.
BACA: 75.5 peratus tidak bersetuju PRU15 diadakan segera - Tinjauan
BACA: Pelaksanaan PRU15 dapat kurangkan 'iklim politik' berpanjangan - Mohamad Hasan
Untuk itu jelasnya, tidak perlu untuk menunggu lagi setahun penuh kerana terbukti di Melaka bahawa pilihan raya yang selamat dan lancar boleh dilaksanakan.
“Boleh jadi dalam masa lima ke enam bulan ini adalah baik, sebab nak tunggu sampai COVID-19 dah tak ada susah lah.
“COVID-19 akan berada dengan kita tetapi kita kena belajar hidup bersama dengan virus ini, dan proses vaksinasi kita pun sudah masuk tahap tiga dos, untuk remaja pun sudah mula dibuat.
“Jadi saya rasa untuk mengadakan pilihan raya dengan SOP yang teratur, tersusun bukan menjadi masalah kepada kerajaan atau negara.”
Tonton temu bual penuh beliau dalam program Agenda AWANI bersama hos Dzulfitri Yusop, di sini:
Israr Khalid
Tue Nov 23 2021
Jelas Tok Mat, tidak perlu untuk menunggu lagi setahun penuh kerana terbukti di Melaka bahawa pilihan raya yang selamat dan lancar boleh dilaksanakan. - Foto Astro AWANI
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.
Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.
Pembangunan AI berdepan realiti kekurangan sumber bahan mentah - WEF
Kemajuan dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) berdepan dengan cabaran untuk mencipta model yang lebih berkuasa.
Malaysia ketinggalan adaptasi AI, tetapi masih ada potensi - Penganalisis
Malaysia ketinggalan dari segi memiliki pemikir berwibawa dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan adaptasi teknologi oleh pelbagai organisasi.
AI bukan milik eksklusif pakar IT, T20 - Penganalisis
Kecerdasan buatan (AI) bukan milik eksklusif golongan pakar teknologi maklumat dan golongan berpendapatan tinggi semata-mata.