awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Lepas jawatan hari ini, SUK Perak pertaruh nasib di Parit Buntar

Harits Asyraf Hasnan, Shafiq Noordin
Harits Asyraf Hasnan, Shafiq Noordin
24/04/2018
08:51 MYT
PRU14: Lepas jawatan hari ini, SUK Perak pertaruh nasib di Parit Buntar
Abdul Puhat disahkan menjadi calon untuk kerusi Parlimen Parit Buntar atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. -Foto BERNAMA
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan disahkan menjadi calon untuk kerusi Parlimen Parit Buntar atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Pencalonan beliau diumumkan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dalam majlis pengumuman calon yang diadakan di sini, hari ini.
Abdul Puhat ketika ditemui berkata beliau yakin dengan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen terbabit yang kini disandang Datuk Mujahid Yusof Rawa dari Parti Amanah Negara (Amanah).
“Saya yakin dengan pengalaman saya yang pernah berkhidmat di sana sebagai pegawai daerah dan juga Yang Dipertua Majlis Daerah dari 2004 hingga 2007 akan membantu dan memahami kehendak rakyat.
“Saya juga merupakan anak kelahiran tempatan iaitu di Tanjung Piandang, bersekolah rendah serta menengah juga di sana, insya-Allah kebanyakan isu serta permasalahan mereka saya sudah fahami, jadi saya yakin dengan peluang yang ada,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.
Tambah beliau, antara masalah yang membelenggu pengundi-pengundi di parlimen itu adalah berkenaan sawah padi serta nelayan-nelayan darat.
“Ada beberapa isu utama di daerah Kerian, pertamanya kadar pengeluaran padinya yang rendah berbabnding tempat-tempat lain serta nelayan pantai, terdapat pelbagai ruang yang kita boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah itu.
Dalam pada itu, Abdul Puhat turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Besar kerana memberi peluang kepada beliau untuk mewakili parti itu pada PRU14.
Beliau dijangkakan akan bertembung dengan Mujahid dan seorang lagi wakil dari PAS pada PRU14 nanti.
Abdul Puhat pada masa sama turut mengesahkan melepaskan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa hari ini.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan
#kerajaan
#MalaysiaMemilih
#Najib Razak
#Parti Amanah Negara
#PAS
#Perak
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU14
#setiausaha kerajaan negeri
#SUK Perak
#Zahid Hamidi
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan