awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Misi 31 GPS 'sik mustahil' - Abang Jo

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
28/10/2022
09:56 MYT
PRU15: Misi 31 GPS 'sik mustahil' - Abang Jo
Jelas Abang Jo GPS memerlukan suara yang besar dalam Dewan Rakyat untuk mengetengahkan perkara tumpuan dalam pembangunan Sarawak. - Astro AWANI
KUCHING: Misi Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi kesemua 31 kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan perkara mustahil untuk dicapai.
Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan keyakinan itu berdasarkan prestasi dan kejayaan semasa Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak lalu.
“Memang kita bertanding di 31 kerusi, apabila kita bertanding bermakna kita berkehendakan kemenangan dari sudut itu memang sasaran kita kalau boleh menang semua 31.
“Kalau tidak pun kita mempunyai prestasi tinggi kalau berdasarkan kemenangan negeri (PRN-12) di mana kita menang 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
“Tidak mustahil untuk kita akan memenangi jumlah yang besar dalam pilihan raya Parlimen ini berdasarkan kan kepada sentimen perjuangan GPS adalah ‘Sarawak First’,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi temu bual khas di pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Jelasnya GPS memerlukan suara yang besar dalam Dewan Rakyat untuk mengetengahkan perkara tumpuan dalam pembangunan Sarawak.
Malah Abang Johari berharap agar ia dapat diselarikan dengan pembangunan yang dilaksanakan di seluruh negara berdasarkan semangat Malaysia yang terbentuk dari tiga komponen utama iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
“Dalam proses demokrasi, sudah tentu kita mahupun suara terbanyak dan dalam konteks ini, Parlimen mempunyai 222 kerusi, Sarawak 31 manakala Sabah 25.
“Ini bermakna dari sudut negeri Sarawak, kita mesti ada suara yang besar daripada kelompok 31 kerusi itu untuk kita menterjemahkan apa yang dikehendaki di peringkat persekutuan,” jelasnya.
Dengan itu kata Abang Johari, Sarawak dapat meneruskan usaha untuk mengembalikan hak-haknya melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).
Topic Berkaitan
#PRU15
#Abang Johari Tun Openg
#Perjanjian Malaysia 1963
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan