awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PN lebih seimbang dunia akhirat dengan Pas - Wan Ahmad Fayhsal

Israr Khalid
Israr Khalid
27/10/2022
21:30 MYT
PRU15: PN lebih seimbang dunia akhirat dengan Pas - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata, melabelkan Pas sebagai 'parti pak lebai' satu propaganda lapuk. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penyertaan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) membentuk adunan yang lebih seimbang untuk dipilih rakyat sebagai kerajaan, kata Timbalan Ketua Pemuda 1 PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad.
Jelasnya, Pas itu sendiri terdiri daripada gabungan golongan agamawan dan profesional yang mana diyakini dapat memperkukuhkan perjuangan pakatan itu.
Maka tegas beliau, adalah tidak wajar untuk masih melabelkan Pas sebagai ‘parti pak lebai’ serta percaya parti itu sudah berubah dan cukup matang seiring usianya.
“Parti pak lebai inilah yang bersih tak ada rasuah, parti pak lebai inilah yang berjaya menaikkan semula semangat perjuangan orang Melayu dan mempertahankan agama ketika ICERT dibawa oleh PH (Pakatan Harapan) ketika itu.
“Jadi saya yakin gabungan teknokrat dengan para ulama dalam kepimpinan Pas dan Bersatu dalam PN, kita ada adunan yang cukup baik, tawaran yang cukup menarik dan seimbang bagi saya, dunia dan akhirat,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Beliau memberi contoh kepimpinan Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang tidak didorong fahaman Islam yang ekstrem dan jumud tetapi tegas bersandarkan syariah.
Pencapaian pemimpin-pemimpin Pas selaku Menteri dan Timbalan Menteri dalam kerajaan Persekutuan juga katanya menunjukkan bahawa mereka profesional dalam melaksanakan tugas.
PRU15: PN lebih seimbang dunia akhirat dengan Pas - Wan Ahmad Fayshal
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan