awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Wan Ahmad Fayhsal tewaskan Ahmad Jazlan di Machang

Nailah Huda
Nailah Huda
19/11/2022
16:53 MYT
PRU15: Wan Ahmad Fayhsal tewaskan Ahmad Jazlan di Machang
Wan Ahmad Fayhsal (kanan) menewaskan penyandang kerusi Machang yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
KUALA LUMPUR: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menamatkan legasi Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Machang apabila berjaya memenangi kerusi itu atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu meraih majoriti 10,154 undi dengan 35,603 undi secara keseluruhannya.
Wan Ahmad Fayhsal sekali gus menewaskan penyandangnya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang memperoleh 25,449 undi.
Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Dr Rosli Allani Abdul Kadir mendapat 3,934 undi dan calon Parti Bumiputera Malaysia (Putra) Mejar (B) Muhammad Seman hilang deposit dengan memperoleh 128 undi.
Pada PRU14, Ahmad Jazlan mengekalkan kerusinya dengan majoriti 2,824 undi, mengatasi Zulkifli Mamat (Pas) dan Datuk Sazmi Miah (PKR).
Topic Berkaitan
#PRU15
#machang
#Wan Ahmad Fayhsal
#Ahmad Jazlan Yaakub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan