Ketetapan Muktamar Dewan Ulama PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan DAP dianggap muktamad kerana ia diputuskan oleh badan pembuat keputusan tertinggi parti, kata bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Keputusan itu adalah jelas dan tidak perlu dipertikai, katanya.
"Muktamar adalah badan pembuat keputusan tertinggi berdasarkan Fasal 7 perlembagaan parti.
"(Usul) itu bukan untuk mencadangkan tetapi membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP ... mereka bukan menggunakan perkataan 'untuk mencadangkan' tetapi untuk 'mendesak' dalam usul kepada jawatankuasa dan Majlis Syura dalam muktamar itu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Rabu lepas, Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.
Dr Mujahid yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berkata sekiranya usul itu mempunyai sebarang masalah, sudah tentu Mursyidul Am parti akan memainkan peranan untuk tidak membenarkan usul itu diluluskan tanpa dibahas.
"Tetapi masalahnya sekarang Mursyidul Am sendiri tidak menghalang usul itu, tidak kata apa-apa tentangnya ...(jadi) saya berpegang kepada perlembagaan parti," katanya.
Berikutan itu, Dr Mujahid berkata beliau turut membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang berikutan negeri itu diterajui DAP sebagai menghormati keputusan parti.
Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata parti tidak mengeluarkan sebarang arahan terhadap anggota PAS untuk melepaskan jawatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sebaliknya, anggota Parlimen Kota Baharu itu berkata peletakan jawatan mereka adalah atas keputusan peribadi.
Ditanya sama ada PAS akan meninggalkan pakatan pembangkang, Takiyuddin berkata Majlis Syura PAS masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu.
Mengenai sama ada PAS akan mengadakan mesyuarat Majlis Syura dalam masa terdekat untuk menentukan hala tuju PAS, beliau berkata: "Saya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mesyuarat itu".
Bagaimanapun, katanya mesyuarat jawatankuasa pusat akan diadakan esok bagi menentukan beberapa jawatan penting antaranya setiausaha agung, bendahari dan ketua penerangan.
BACA: Mujahid pula umum letak semua jawatan di Pulau Pinang selepas Mat Sabu
BACA: PKR tetap mahu jadi orang tengah jernihkan hubungan DAP-PAS
Bernama
Tue Jun 09 2015
MUJAHID: Keputusan Muktamar Dewan Ulama PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan DAP tidak perlu dipertikai.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India dinaik taraf secara berfasa - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kawasan gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India di ibu kota ini secara berfasa sebagai usaha berterusan meningkatkan keindahan, kebersihan dan daya tarikan ke kawasan itu.
Mahkamah Thailand jamin prosiding akan berjalan pantas
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
Lisa Surihani masih berlakon, pilih naskhah punya nilai keagamaan
Pelakon terkenal Lisa Surihani mengakui sengaja memilih langkah itu untuk bersikap selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya.
Lawatan kerja UAE: Buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Perdana Menteri menyifatkan lawatan pertamanya ke luar negara tahun ini di Emiriah Arab Bersatu (UAE) membuahkan kejayaan yang sangat bermanfaat untuk rakyat dan negara.
Malaysia perlu belajar daripada UAE pacu AI dan blok rantai
Malaysia disarankan mempercepatkan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai (blockchain) dalam sektor awam, memanfaatkan kejayaan UAE sebagai panduan. Langkah ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan daya saing global. Kerajaan Malaysia diharapkan dapat memanfaatkan pendekatan strategik UAE untuk mengukuhkan transformasi digital negara dan meningkatkan daya saing di peringkat global.
Arm mahu hasilkan cip sendiri untuk tingkat pendapatan
Arm bercadang meningkatkan harga lesen teknologi mereka sehingga 300% untuk meningkatkan pendapatan.
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Peluang dan strategi perkasa PMKS
Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 membawa peluang besar untuk memperkukuh perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) di rantau ini. Diskusi ini mengupas cabaran utama PMKS, strategi serantau, dan tindakan konkrit untuk memastikan pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan.
Trump kutip tarif melalui perkhidmatan hasil luar
Trump berkata bahawa beliau akan mewujudkan Perkhidmatan Hasil Luar untuk mengutip tarif dan hasil lain dari negara asing.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.