KOTA BHARU: Pas berpandangan rakyat tidak mengharapkan Pilihan Raya Umum diadakan pada waktu ini.
Sebaliknya Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpendapat, rakyat inginkan kerajaan menumpukan usaha pemulihan ekonomi, termasuk mengatasi masalah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Tambah Mohd Amar lagi, tiada keperluan pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.
Beliau melihat desakan bersifat politik dan mempunyai agenda tersirat.
Justeru, kata beliau, ahli politik wajar tunggu sahaja tamat penggal Parlimen ke-14 yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi.
"Saya tengok rakyat tidak mengharapkan pilihan raya sebab isu bagi rakyat hari ini adalah isu ekonomi, masalah sara hidup, masalah harga barang, itu sebenarnya bagi rakyat.
"Sebab itu pada pandangan saya, saya selalu sebut dua tiga kali, sepatutnya kita bagi peluang kepada Perdana Menteri untuk bekerja bagi menyelesaikan isu-isu yang rakyat hadapi ketika ini.
"Kalau kita buat pilihan raya dalam keadaan rakyat ini tertekan dan sebagainya, kos pilihan raya ini besar, jadi bagi saya, tidak ada keperluan sebenarnya," jelasnya.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sesi taklimat khas UMNO pada Sabtu sekali lagi mengulangi Pilihan Raya Umum perlu diadakan segera.
BACA: UMNO konsisten desak PRU15 diadakan segera - Zahid Hamidi
Jelas Ahmad Zahid mandat perlu dikembalikan kepada rakyat dan desakannya supaya diadakan pilihan raya itu merupakan suara akar umbi UMNO.
Muhafandi Muhamad
Mon Aug 29 2022
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpendapat ahli politik wajar tunggu sahaja tamat penggal Parlimen ke-14 yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi. - Astro AWANI
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.
GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo
Sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri
Ketika ini, kebuntuan politik di negara itu terus berlarutan walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlangsung lebih dua bulan.
11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe
PRU Zimbabwe dijadualkan pada 23 Ogos untuk memilih Presiden baharu, wakil parlimen dan wakil kerajaan tempatan untuk penggal lima tahun.
Perkenalkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, mudahkan pengundi, jamin kestabilan - Mujibu
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diperkenalkan sebagai langkah merejuvenasi demokrasi Malaysia.
PAU2023: 'Janganlah dibunuh, ditebang pokok selepas nikmati hasilnya' - Mohamad Hasan
UMNO tiada pilihan lain tetapi untuk bangun semula dan sediakan parti yang lebih baik untuk generasi masa depan.
UMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang - Annuar Musa
Sokongan yang diberikan oleh rakyat pada 2019 adalah ketika UMNO bersama Pas, bukannya DAP, dakwa Annuar.