Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan menyiarkan secara langsung debat antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata perdebatan, yang dijadual diadakan di Kuala Kangsar, Perak, pada 25 Mac ini, adalah semata-mata antara dua individu berkenaan.
"Debat ini bukan anjuran RTM... kita tidak ada perancangan untuk menyiarkan perbahasan itu secara langsung," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya akan membenarkan majlis perdebatan dan telah menerima permohonan permit daripada pihak penganjur.
Debat yang dijadual diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar itu hebat diperkatakan akhir-akhir ini kerana akan menyentuh isu berbangkit dalam negara antaranya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
Dalam perkembangan lain, Salleh berkata tindakan mensabotaj ekonomi negara adalah perkara yang serius dan merugikan rakyat.
Beliau berkata kenyataan salah yang dikeluarkan pembangkang seperti Malaysia adalah sebuah negara tidak stabil, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hampir bangkrap dan kerajaan tidak berkemampuan untuk membayar gaji penjawat awam adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
"Pembangkang seharusnya mengkritik kerajaan secara konstruktif dan berdasarkan fakta dan bukannya atas kepentingan politik mereka sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Malaysia hampir terlepas pelaburan besar dari Saudi Aramco kerana sikap tidak patriotik sesetengah pihak yang menyalurkan maklumat tidak betul mengenai negara kepada syarikat minyak Arab Saudi itu.
Katanya, orang ramai diminta jangan mempercayai maklumat yang diviralkan di media sosial sepenuhnya dan merujuk terlebih dahulu di portal SEBENARNYA.MY.
Portal tersebut bertindak sebagai sebuah pusat sehenti yang dibangunkan bagi mengekang penularan berita-berita palsu dalam talian, membolehkan masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima.
Ditanya mengenai tindakan kerajaan untuk mengharamkan tayangan filem 'Beauty and the Beast' sekiranya Walt Disney enggan menapis adegan gay seperti yang dicadangkan Lembaga Penapisan Filem (LPF), Salleh berkata LPF pasti mempunyai asas yang kukuh mengeluarkan arahan itu.
"Kita tunggu keputusan akhir dari LPF," katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai untuk tidak mengeruhkan keadaan berkaitan isu diplomatik Malaysia dan Korea Utara dengan mentularkan berita palsu di media sosial kerana Malaysia akan melakukan rundingan secara rasmi dengan negara itu berhubung sembilan rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan keluar daripada negara itu.
Pertikaian diplomatik tercetus antara Malaysia dan Korea Utara susulan tidak ada persetujuan dalam beberapa perkara berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 19 2017
Perdebatan, yang dijadual diadakan di Kuala Kangsar, Perak, pada 25 Mac ini, adalah semata-mata antara dua individu berkenaan. - Foto Astro AWANI
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pilpres 2024: Bangunkan lebih banyak fakulti kedoktoran antara janji calon
Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berjanji akan membangunkan 300 fakulti kedoktoran jika terpilih memegang jawatan tersebut.
Malaysia bawa suara rakyat Palestin ke Debat PBB, 23 Jan ini
Demi menunjukkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Palestin, Malaysia akan menghantar delegasi ke Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan PBB.
Pemilu 2024: Calon presiden Indonesia sertai debat ketiga
Ketiga-tiga calon Presiden itu mengutarakan pandangan mereka mengenai pelbagai isu semasa membabitkan pertahanan, geopolitik dan diplomasi.
Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.
Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.
Lipas melekat luar tingkap kapal terbang
Rakaman kejadian luar biasa itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Syahir cadang debat isu pendidikan, Fadhlina Siddiq-Haim Hilman
Ahli Parlimen Bachok mencadangkan agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan.
Debat Ekonomi: Syahir mohon doa ke Angkasapuri
Budak PASTI ini tidak pernah terfikir suatu hari nanti dia akan berdebat dengan seorang menteri.
PRN: Adam Adli tolak pelawaan debat Syed Saddiq, Ahmad Fadhli terima
Ahmad Fadhli Shaari menerima sahutan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berdebat mengenai hala tuju anak muda.
PRN: Syed Saddiq ajak Adam Adli, Fadhli Shaari debat hala tuju anak muda
Jelas Ahli Parlimen Muar itu, cadangan debat berkenaan bukan bertujuan memalukan atau membunuh karakter individu tertentu.