Gara-gara terlalu banyak kerusi kosong sepanjang berlangsung sesi perbahasan perwakilan Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU2019), sesi berkenaan dibuka kepada orang ramai tanpa perlu memiliki pas rasmi.
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Iszuwan Ismail mengumumkan perkara itu sebelum meminta izin daripada perwakilan-perwakilan di dalam dewan.
“Saya ingin minta izin untuk membenarkan orang luar menyertai kami disebabkan dewan nampak kosong.
“Saya alu-alukan kehadiran orang luar. Penuhkan dewan ini, saya mohon jasa baik,” katanya di sini pada Khamis.
Perhimpunan kali ini melibatkan seramai 5,603 perwakilan dan daripada jumlah itu, 973 orang adalah perwakilan Pemuda UMNO.
Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki semasa memberi ucapan dasar menggariskan lima pendirian penting sebagai azimat untuk UMNO sentiasa berada pada landasan yang betul.
Pertama, fokus pemerkasaan parti iaitu menyemarakkan agenda Islah, pengkaderan, pentarbiyahan dan pemerkasan dalaman parti.
Kedua, Pemuda mesti terus dengan gerak kerja mengakar, merimbun dan membumi kepada segenap lapisan masyarakat sama ada di kota mahupun di desa.
"Ketiga, menjauhi persengketaan dan mengutamakan permuafakatan sebagai satu keluarga besar yang mendukung wadah perjuangan UMNO.
Keempat, Pemuda UMNO juga, jelas beliau, perlu kekal berdikari dan setia hanya pada institusi dan perjuangan parti bukan individu mahu pun personaliti.
"Kelima, pemuda mesti terus menjuarai agenda rakyat dengan menjadi pembangkang berwibawa, mendengar denyut nadi dan membawa suara hati rakyat secara tegas tanpa rasa takut.
“Isyarat melalui empat PRK yang dimenangi cukup jelas, bahawa rakyat mahu kita kembali, tetapi dengan wajah yang baharu," ujarnya.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kapasiti di dalam dewan adalah 3,000 orang dan dewan mampu dimasuki tiga sayap parti.
"Jadi, tiada masalah dari segi korum, bahkan korum kita terlebih banyak," kata Asyraf selepas sesi perbahasan ditangguhkan.
Dalam pada itu, menurut Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Mohd Hafeez Che Mat, jemputan yang diumumkan oleh timbalan beliau semasa persidangan tersebut adalah terbuka untuk para pemerhati yang berada di luar dewan persidangan untuk memenuhi Ruangan Pemerhati Aras 1 sahaja, dan bukannya di ruang yang dikhaskan kepada perwakilan.
Katanya, jemputan tersebut bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada para Pemerhati yang hadir dari seluruh negara untuk turut mengikuti sesi perbahasan usul di dalam dewan.
"Hasrat timbalan saya adalah bertujuan untuk menzahirkan inklusif dan keterbukaan baru yang dilaung dan dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia, dan sebarang salah faham berkaitan dengan hal ini sepatutnya tidak berlaku," jelasnya.
Astro Awani
Thu Dec 05 2019
Keadaan dewan semasa sesi perbahasan perwakilan Pemuda UMNO. - Foto Astro AWANI
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.