awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sehingga tertubuhnya parti Gerakan Harapan Baru, kami masih ahli PAS' - Khalid Samad

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2015
00:00 MYT
'Sehingga tertubuhnya parti Gerakan Harapan Baru, kami masih ahli PAS' - Khalid Samad
WAN SAIFUL: Penubuhan parti baru mempunyai banyak cabaran kerana ia tidak boleh ditubuhkan semata-mata kerana marah atau kecewa.
"Kami masih ahli PAS dan bergerak dalam masyarakat sebagai ahli PAS."
Itu reaksi yang diberikan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad apabila ditanya mengenai status keahliannya bersama beberapa pemimpin PAS lain yang mengumumkan penubuhan parti Gerakan Harapan Baru pada Isnin.
Menerusi temu bual dalam program Analisis Awani, Khalid berpendapat selagi parti baru itu belum tertubuh dan menyertainya, mereka yang digelar 'Kelompok 18' tidak melalui tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan parti PAS.
Jelas beliau, buat masa ini tidak perlu dipertikaian mengenai keahlian mereka yang terlibat dengan idea Parti Gerakan Harapan Baru.
Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana ahli PAS yang bertindak mempromosi pembentukan parti lain atau berusaha untuk menarik ahli PAS lain untuk keluar dari parti akan digugurkan keahliannya secara automatik.
Jawatankuasa Disiplin PAS juga akan menyiasat perkara tersebut sekiranya ada aduan perkara itu berlaku.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan, penting bagi Gerakan Harapan Baru ini untuk menawarkan wawasan yang diminati generasi muda dan semua lapisan masyarakat.
Beliau keahlian parti baru ini sewajarnya tidak terhad pada ahli yang kecewa dengan PAS yang konservatif tetapi berjaya menarik ahli politik yang progresif dari parti politik lain termasuk UMNO.
Pada Isnin, bekas Timbalan Presiden PAS mengumumkan penubuhan parti yang dinamakan sebagai Gerakan Harapan Baru yang dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang.
Topic Berkaitan
#analisis awani
#Gerakan Harapan Baru
#Khalid Samad
#PAS
#Wan Saiful
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan