Pas Pusat hari ini mendesak agar DAP diharamkan, atas alasan, agenda parti itu semakin membahayakan negara.
Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat tiga bukti kukuh yang secara terang-terangan menunjukkan perbuatan pemimpin mereka bercanggah dengan pembentukan asas kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan.
“Pertama, saya telah mengemukakan bukti ucapan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (DAP) dalam forum Naratif Malaysia Baru yang diadakan pada 14 September di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor.
"Saya telah mendesak pihak polis menyiasat ucapannya (yang berbunyi) 'The Kingdom of God is an unstoppable mission, and the reason is simply this, God Himself will act on it, and that is our unshakeable confidence',” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beberapa pemimpin terbukti terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), susulan penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.
“Ketua Polis Negara juga telah mengakui bahawa penahanan terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan LTTE adalah berdasarkan bukti kukuh dan hasil risikan PDRM.
“Hal ini menunjukkan bahawa penangkapan pemimpin DAP yang dikaitkan dengan LTTE bukan satu tindakan politik tapi demi kepentingan negara,” katanya lagi.
Bukti seterusnya, menurut Tuan Ibrahim lagi, ialah perintah larangan terhadap penerbitan buku komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang ditulis oleh aktivis DAP, Hew Kuan Yau dan pengantarnya ditulis oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng
“Menurut KDN, buku ini telah mempromosi idealogi Komunisme, Sosialisme, menyebarkan fakta salah, mengelirukan dan juga mempertikaikan perjuangan tokoh terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara,” katanya lagi.
Tuan Ibrahim berkata, tiga bukti ini sekurang-kurangnya menjadi asas bahawa agenda DAP semakin bahaya kepada politik negara.
"Malah, tindakan tersebut bercanggah dengan pembentukan asas kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan.
"Maka dengan ini wajarlah DAP diharamkan," tambahnya.
Firdaus Azil
Fri Oct 25 2019

Selain ucapan Steven Sim, Tuan Ibrahim berkata, beberapa pemimpin DAP terbukti terlibat dengan kumpulan LTTE, susulan penahanan dua Ahli Dewan Undangannya. - Gambar fail

Badminton Terbuka Thailand: Satu mata pisahkan Peng Soon-Liu Ying ke separuh akhir
Mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri biarpun tiga kali berpeluang menamatkan perjuangan lawan dari India itu.

Op Benteng: 24 PATI ditahan, 17 kenderaan darat dirampas - Ismail Sabri
Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng di sempadan negara pada Khamis.

COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam dalam negara, adalah selaras dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan institusi-institusi fatwa dunia.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri positif COVID-19 direman
Kesemua suspek berusia 26 hingga 31 tahun terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Cerita Sebalik Berita: PdPR | Cabaran ibu bapa dan pelajar
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Cerita Sebalik Berita: BKSS 5.0 | Reaksi orang ramai
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

PKPD Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas bermula 23 Januari - Ismail Sabri
Pelaksanaan PKPD itu untuk mengawal pergerakan masuk tahanan dari luar serta mengelakkan penularan jangkitan kepada kakitangan dan komuniti luar.

Bicara kes saman Mujahid berhubung isu Sajat bertelekung bermula 12 Julai
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas.

Tumpuan AWANI 7:45 - Kuarantin di rumah tidak sesuai | Pemulihan aset terbesar
Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang tindakan kuarantin di rumah merisikokan ahli keluarga lain. Ujar bekas Perdana Menteri itu, pesakit dijangkiti COVID-19 sepatutnya dikuarantin berasingan. Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset 1MDB bernilai 3.9 bilion dolar Amerika daripada Goldman Sachs. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

Kumpulan lelaki cetus provokasi terhadap polis didakwa
Mereka didakwa atas pertuduhan melakukan provokasi terhadap penjawat awam serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebahagian Jalan Grogo, Bau-Lundu runtuh
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Jalan Grogo, Bau-Lundu susulan kejadian tanah runtuh yang meranapkan sebahagian daripada jalan dua hala tersebut.

Empat Exco Perlis jalani kuaratin di rumah
Empat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Perlis menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Tengku Razaleigh positif COVID-19
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

UMNO lemas dalam kolam yang cetek - Shamsul Amri
Shamsul berkata, MKT UMNO kini tidak berfungsi dengan baik, hingga mengakibatkan parti itu dikuasai pihak-pihak yang berkepentingan peribadi.

Turun berat badan 5kg dapat hadiah RM300
Memetik laporan Sinar Harian, individu yang bertuah akan memenangi hadiah berjumlah RM300 daripada ADUN Jeram.

Saringan pandu lalu usaha terbaharu kekang COVID-19 di Sibu
Pusat saringan COVID-19 pandu lalu yang pertama di bandar ini dibuka hari ini bagi membantu menampung operasi di tiga pusat saringan sedia ada.

ADUN Galas Mohd Syahbuddin sahkan positif COVID-19
Perkara itu disahkan sendiri ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi hantaran Facebook miliknya sebentar tadi.

COVID-19: Lebih 2,000 penduduk di Pasai Siong jalani sekatan pergerakan
Lebih 2,000 penduduk di 19 buah rumah panjang di Sibu menjalani sekatan pergerakan ekoran penularan wabak COVID-19 di daerah itu.

Banjir: Pengusaha keropok lekor Mersing mohon bantuan kerajaan
Pengusaha keropok lekor, Abdul Halim Othman, mengakui pendapatannya merosot hampir 80 peratus kerana tiada lagi pengunjung akibat bencana banjir ketika ini.

Anggota polis cedera dilanggar kereta bekas ADUN Pulau Pinang
Mangsa mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.