awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serah kuasa PM: Wan Azizah perlu letak jawatan dahulu - ADUN Jeram

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2019
09:50 MYT
Serah kuasa PM: Wan Azizah perlu letak jawatan dahulu - ADUN Jeram
Dr Wan Azizah diminta meletakkan jawatan terlebih dahulu untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan negara. -Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diminta meletakkan jawatannya terlebih dahulu untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata ia sekali gus memudahkan proses peralihan kuasa perdana menteri untuk Anwar dalam baki tempoh penyerahan jawatan yang dijanjikan.
"Tidak mungkin dalam pelantikan Anwar sebagai perdana menteri sedangkan kedudukan timbalan perdana menteri adalah Wan Azizah yang juga isteri kepada Anwar.
"Wan Azizah perlu terlebih dahulu melepaskan jawatannya bagi membolehkan pelantikan timbalan perdana menteri baharu dibuat dan seterusnya dijayakan pula proses peralihan kuasa di antara Dr Mahathir dengan Anwar," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Isnin.
Pada Sabtu, Setiausaha Otai Reformis Abdul Razak Ismail menegaskan mereka kekal dengan pendirian menggesa Tun Mahathir menetapkan dengan segera garis masa dan tarikh untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar.
Kata Abdul Razak, pihaknya kekal dengan kenyataan yang telah dibuat dalam satu sidang akhbar pada Jumaat walaupun beberapa kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah membuat kenyataan balas mempertikaikan gesaan dan desakan tersebut.
Dalam pada itu, Shaid yang juga Bendahari Bersatu Selangor menegaskan, isu peralihan kuasa perdana menteri seharusnya dibuat mengikut persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan bukannya datang daripada satu parti sahaja.
Kenyataan Mohd Shaid juga membalas tekanan dan desakan penyokong Anwar yang meminta Dr Mahathir menyatakan segera bila tarikh peralihan kuasa perdana menteri mahu dibuat.
Topic Berkaitan
#Abdul Razak Ismail
#Anwar Ibrahim
#Bersatu
#Mohd Shaid Rosli
#Otai Reformis
#PPBM
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan