KOTA BHARU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim selesa memilih wala' (kecintaan dan kesetiaan) kepada parti dan tidak berminat bertanding jawatan dalam Pas.
Beliau berharap semua pihak tidak lagi mengusulkan soalan mengenai kedudukannya dalam parti itu.
"Saya wala' sekarang. Jangan tanya lagi soalan itu. Saya sudah nyatakan di Parlimen saya adalah ahli Pas dan Perikatan Nasional (PN) sejati.
"Kalau masa dalam UMNO dulu bolehlah sebab ada cita-cita jadi presiden. Bagi saya Presiden UMNO perlu ditukar," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.
Sebelum itu beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kota Bharu kali ke-56 di sini.
Hadir sama Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau dalam pada itu memaklumkan memilih Pas sebagai perjuangan kerana mahu berjihad dan mencari keredaan ALLAH.
Dalam perkembangan lain, Shahidan memberitahu, usaha jatuh-menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa.
"Kami (PN) yakin dapat menjadi kerajaan yang baik berbanding kerajaan sekarang.
"Angan-angan saya kalau jadi kerajaan akan buat lagi baik," katanya.
Tambah beliau, tidak salah mengeluarkan kenyataan tersebut kerana PN ada niat dan bercita-cita untuk tukar kerajaan.
Ujarnya, ia akan menjadi kenyataan pada masa akan datang atau bila-bila sahaja. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 11 2023

Shahidan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke 56 di Kota Bharu pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Kadar pengangguran belia turun satu peratus pada suku pertama 2023
Kadar pengangguran golongan belia turun satu peratus kepada 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 11.1 peratus pada suku pertama tahun sebelumnya.

DUN Negeri Sembilan dibubar hujung Jun ini - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka akan dibubarkan pada 30 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tiga beranak bergaduh di tempat awam dihadapkan ke mahkamah
Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau keduanya sekali.

Bukan masa bersaing dengan bakat baharu, Siti Nurhaliza mahu fokus dekati masyarakat
Siti meletakkan sasaran mendekati masyarakat menerusi kerja-kerja amal, selain menghasilkan buah tangan terbaik untuk halwa telinga peminatnya.

Pertumbuhan ekonomi tinggi perlu dikekalkan, tangani jurang kemahiran tenaga kerja - Rafizi
Rafizi berkata bahawa "latihan semula dan pembangunan tenaga kerja juga perlu ditingkatkan ke skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini."

PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.

Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.

MySejahtera diserang 1.12 juta kali, tiada ketirisan data - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada ketirisan data direkodkan melibatkan pengguna aplikasi MySejahtera.

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Ismail Kassim
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menzahirkan ucapan itu sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pagi ini.

Adik Shahidan Kassim, Ismail meninggal dunia
Bekas Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambung Tulang Datuk Ismail Kassim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang hari ini.

Dewan Rakyat kecoh gara-gara sebut 'Kerajaan Tan Sri Muhyiddin'
Hari pertama sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini sedikit 'tegang' susulan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng didakwa menyebut nama 'Tan Sri Muhyiddin Yassin' di Dewan Rakyat.

Sukan SEA: Sasaran 10 emas daripada saya sendiri - Shahidan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui sasaran 10 emas untuk kem olahraga pada Sukan SEA 2023, adalah sasaran peribadinya sendiri.

Sukan SEA: KOM tak puas hati olahraga gagal tepati sasaran
Shahidan Kassim berkata harapan membawa pulang 10 emas yang diletakkan sebelum ini dibuat berdasarkan prestasi semasa atlet negara sebelum mereka turun berjuang di bumi Kemboja.

JPJ diarah hadkan kemasukan kenderaan cermin gelap dari Thailand
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kemasukan kenderaan sebegitu memberi masalah kepada negara dan perlu ada penguatkuasaan untuk menghadkannya.

Pembangkang tak dapat peruntukan? Anwar jawab soalan Shahidan
Dalam soalannya, Shahidan berkata, Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pulang gembira kerana mendapat RM800,000 namun tidak begitu pada blok pembangkang.

Selepas Awang, Shahidan, Rayer pula diarah keluar Dewan
Kedua-dua Ahli Parlimen itu diarahkan keluar selepas enggan menarik balik perkataan kurang sesuai digunakan dalam Dewan Rakyat.

Shahidan 'cadang' pasport Rosmah turut dipulangkan seperti Zahid Hamidi
Secara menyindir, beliau mendakwa keputusan yang dibuat mahkamah terhadap Ahmad Zahid adalah keputusan hebat.

Shahidan saran kerajaan lantik menteri agama jadi mufti besar
Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan hal ehwal agama Islam diselaras dengan baik.