awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan kepada Anwar, Pas gesa UMNO beri penjelasan

Kenyataan Media
Kenyataan Media
25/09/2020
03:21 MYT
Sokongan kepada Anwar, Pas gesa UMNO beri penjelasan
Pas menggesa UMNO memberi penjelasan berhubung dakwaan terdapat Ahli Parlimen parti itu yang memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu. -Gambar fail
Pas menggesa UMNO memberi penjelasan berhubung dakwaan terdapat Ahli Parlimen parti itu yang memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata penjelasan dari UMNO itu penting memandangkan parti itu telah menandatangani persefahaman dan persetujuan yang termaktub Piagam Muafakat Nasional.
Katanya, Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatupadukan umat Islam dalam negara, sekali gus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan yang diterajui PKR, DAP dan Amanah.
“Justeru sekiranya peralihan ini benar, ianya boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina di atas permuafakatan BN, BERSATU, PAS, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH.
“Sehubungan itu PAS berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada UMNO atas dasar rakan muafakat dalam MN, seterusnya mengajak UMNO untuk kembali menghayati hasrat dan iltizam yang telah disepakati secara bersama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Pada Rabu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mendakwa telah mendapat jumlah sokongan yang menyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan dengan jelas sokongan yang diperolehi itu.
Timbul desas desus mengatakan 15 Ahli Parlimen UMNO telah memberi sokongan kepada Anwar.
Ia dikuatkan dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjelaskan beliau tidak boleh menghalang sekiranya ada Ahli Parlimen partinya mahu memberi sokongan kepada Anwar.
Namun setakat ini Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang dikaitkan memberi sokongan kepada Anwar menafikan dakwaan tersebut.
Idris Jusoh nafi sokong Anwar
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kerajaan baharu
#Pas desak penjelasan UMNO
#Piagam Muafakat Nasional
#Sokongan kepada Anwar
#Takiyuddin Hassan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan