KUALA LUMPUR: Kerjasama UMNO adalah terbuka kepada sesiapa sahaja, asalkan mereka ikhlas serta jujur selain untuk menentang dan menolak pengkhianat, tegas Isham Jalil.
Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor itu berkata, kerjasama itu juga bergantung kepada penerimaan akar umbi dan pucuk pimpinan UMNO sendiri.
Isham berkata, beliau yakin dan percaya akar umbi UMNO tidak akan terima kerjasama seperti itu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semata-mata kerana Ahli Parlimen Port Dickson itu ingin jadi Perdana Menteri.
“Jika ini tujuannya, maka ia samalah niatnya seperti (Tun) Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin dahulu iaitu gunakan UMNO untuk mencapai cita-cita mereka untuk jadi Perdana Menteri.
"Dan seperti biasa, apabila habis madu, sepah akan dibuang. Kita tidak boleh lagi terima kerjasama "scheme of things”. UMNO tidak boleh dipergunakan sebegini rupa,” katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Selasa.
Terdahulu, timbul desas-desus Anwar akan mengumumkan perkembangan mengenai hubungan antara dua parti itu dalam satu sidang media petang ini.
Bagaimanapun, dalam sidang media berkenaan, Anwar mengakui ada perbincangan antara pimpinan parti berkenaan, namun berkata, perkara itu masih di peringkat ‘awal’.
Mengulas lanjut, Isham berkata, Jika Anwar ikhlas untuk bekerjasama dengan UMNO, maka beliau perlu terima hakikat bahawa UMNO tidak boleh dipaksa untuk terimanya sebagai Perdana Menteri.
“Sebelum ini kita telah cuba selama 22 bulan bersama Perdana Menteri PH dan 12 bulan bersama Perdana Menteri PN, atau 34 bulan bersama Perdana Menteri PPBM, dan ianya telah gagal untuk membawa kestabilan politik dan ekonomi negara.
"Perdana Menteri PKR (PH) tidak akan merubah keadaan ini. Oleh itu, jika Anwar ingin bekerjasama dengan UMNO, dia tidak boleh jadi Perdana Menteri,” tegasnya lagi.
BACA: Keputusan UMNO jelas tiada kerjasama dengan PKR dan DAP - Shahril Hamdan
BACA: Jika UMNO ingin kerjasama PH, tak perlu tunggu PRU, sokong Anwar sekarang - Amanah
Isham berkata, beliau tegas dalam pandangan bahawa Perdana Menteri perlu datang dari parti yang paling besar dengan akar umbi Melayu Islam yang paling ramai, iaitu UMNO.
Perkara itu, jelasnya lagi, kerana Malaysia masih lagi majoriti Melayu dengan kumpulan terbesarnya umat Islam dan selama ini UMNO yang berterusan banyak memperjuangkan kumpulan ini tanpa meminggirkan atau mengenepikan hak-hak kaum-kaum lain.
“Ini amat penting untuk kestabilan politik justeru kestabilan ekonomi dan sosial negara,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Mar 16 2021
Isham Jalil yakin dan percaya akar umbi UMNO tidak akan terima kerjasama seperti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, semata-mata kerana Ahli Parlimen Port Dickson itu ingin jadi Perdana Menteri. - Gambar fail
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Isham mohon SPRM keluar notis isytihar harta terhadap Farhash
Permohonan dibuat terhadap SPRM kepada Farhash susulan kes berkaitan pembelian saham Heitech Padu membabitkan kontrak RM1 bilion kerajaan.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
RUU Penggal Tetap bukan untuk rakyat, hanya kepentingan diri ahli politik
Isham berkata, perkara itu dilihat hanya untuk kepentingan diri segelintir ahli politik dalam kerajaan.
Peguam Negara mohon Isham Jalil dipenjara, denda atas dakwaan hina mahkamah berkaitan kes Najib
Peguam Negara memohon kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil kerana dikatakan menghina mahkamah.
Permohonan dipenjara, denda kerana hina mahkamah: "Saya akan lawan" - Isham Jalil
Isham akan teliti permohonan AG kepadanya agar beliau dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana didakwa menghina mahkamah.
Isham dipecat UMNO kerana sudah melampaui batas - Khaled Nordin
Isham Jalil dipecat daripada parti kerana masalah disiplin susulan tindakannya mengkritik parti itu secara suka hati.
Isham terima surat status keahlian dalam masa terdekat - Zahid
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.
UMNO tak pecat Isham Jalil - Ahmad Maslan
Kenyataan yang dikeluarkan UMNO juga sebaliknya hanya menumpukan mengenai soal mengukuhkan kerjasama bersama rakan-rakan parti komponen.