awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tak perlu usul undi percaya PM" - Naib Presiden Pas

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
05/09/2021
04:41 MYT
"Tak perlu usul undi percaya PM" - Naib Presiden Pas
Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, justeru usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tidak perlu dilakukan, kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad. - Gambar Jabatan Penerangan
TAIPING: Pas berpandangan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kelak.
Naib Presidennya, Senator Idris Ahmad berkata, ini adalah kerana pelantikan Perdana Menteri telah pun dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri juga telah diperkenankan dan merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Melantik Perdana Menteri adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Yang keduanya kuasa Yang di-Pertuan Agong memanggil Majlis Raja-Raja… itu ialah antara kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Maka sebab itu, lantikan Perdana Menteri ini merupakan kuasa mutlak yang ada kepada Yang di-Pertuan Agong… sepatutnya (tidak perlu diadakan undi percaya), begitulah kalau pandangan saya,” kata Idris.
BACA: Tiada keperluan mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri - Peguam Negara
BACA: Undi Percaya: Kenyataan Peguam Negara bercanggah titah Agong - Majlis Presiden PH
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dari tiga perkampungan di sini, pada Ahad.
Pada Sabtu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan kerajaan yang telah dibentuk baru-baru ini.
Namun, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pula mendakwa, kenyataan Peguam Negara itu bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong kepada semua ketua parti sewaktu sesi menghadap baginda di Istana Negara pada 17 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#usul undi percaya
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Peguam Negara
#Naib Presiden Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan