awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak timbul isu Tajuddin dipecat - Saarani

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
14/07/2021
12:51 MYT
Tak timbul isu Tajuddin dipecat - Saarani
Tajuddin tidak lagi memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya UMNO selepas parti itu mengumumkan Mohamad dilantik menggantikannya, pada Selasa. - Gambar fail
IPOH: Tiada istilah pemecatan terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas UMNO mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya baharu menggantikannya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata perkara itu adalah amalan biasa bagi sesebuah organisasi.
Katanya lagi, seseorang ketua akan cuba mempelbagaikan kebolehan anggota organisasinya sebagaimana amalan pertukaran portfolio anggota Kabinet di peringkat kerajaan Persekutuan mahupun Exco di peringkat kerajaan negeri.
“Tak ada timbul isu (Tajuddin) dipecat dan saya pun tak fikir bahawa Presiden UMNO akan memecat (Tajuddin). Sebaliknya beliau memberi tanggungjawab yang lebih kepada Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
“Pada saya itu adalah tugas biasa yang dilakukan oleh mana-mana organisasi.
“Dalam masa itu pun Datuk Seri Presiden UMNO juga telah memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Tajuddin atas khidmat bakti yang telah ditunjukkan sebelum ini.
"Jadi saya ingat jangan guna istilah pemecatan. Itu tak betul,” katanya menerusi sidang media secara maya dekat sini pada Rabu.
Politik | Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO
BACA: Mohamad Hasan dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO
Semalam media melaporkan Mohamad dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO berkuat kuasa serta-merta, menggantikan Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO itu bagi memperkukuh organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.
Topic Berkaitan
#Tajuddin Abdul Rahman
#dipecat
#Pengarah Pilihan Raya UMNO
#Mohamad Hasan
#Presiden UMNO
#Zahid Hamidi
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan