Skip to main content

Politik

[TERKINI] Dr Samsuri pengerusi Perikatan Nasional baharu

KUALA TERENGGANU, 10 Nov -- Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membentangkan belanjawan kerajaan Terengganu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu 2025 di Wisma Darul Iman, hari ini.  Kerajaan Terengganu membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM1.938 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus, termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM450 juta.  Sektor sosial kekal menerima peruntukan terbesar iaitu RM323.80 juta atau 72 peratus daripada keselur
Pelantikan Dr Ahmad Samsuri dibuat selepas kerusi tersebut dikosongkan berikutan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir dua bulan lalu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas, yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) pada Ahad.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu sidang media berkata, perkara itu disahkan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu yang berlangsung di Pejabat Agung Pas hari ini.

Advertisement

Pelantikan ini dibuat selepas kerusi tersebut dikosongkan berikutan peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir dua bulan lalu.

“Dalam perlembagaan Perikatan Nasional tidak dinyatakan siapa yang boleh dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, maknanya siapa sahaja daripada Perikatan Nasional boleh dipilih oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk menjadi pengerusi.

“Tidak perlu pada presiden parti ke ataupun timbalan presiden, dalam perlembagaan kita. Jadi atas dasar itu Pas berpandangan dengan kelebihan-kelebihan yang ada terhadap Dr Samsuri.

“Beliau sebagai seorang Menteri Besar sudah dua penggal di Terengganu. Beliau juga telah menunjukkan satu prestasi yang cukup baik dalam pilihan raya umum ke-15 dan juga pilihan raya negeri di Terengganu dengan memenangi semua kerusi atas tiket Perikatan Nasional.

"Jadi itu antara beberapa kriteria kenapa Pas memilih Yang Amat Berhormat Dr Samsuri sebagai wakil Pas untuk menerajui Majlis Tertinggi Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Langkah melantik Samsuri dilihat sebagai babak baharu dalam hala tuju PN, selepas berlaku beberapa siri ketegangan dalaman melibatkan Pas dan Bersatu, termasuk krisis kepimpinan di Perlis.

Pemerhati politik melihat krisis itu sebagai pembuka ruang kepada pengunduran beberapa pemimpin Bersatu, sekali gus membuka lebih ruang kepada Pas mengukuhkan pengaruh dalam PN. 

Perkembangan ini berlaku selepas ketegangan dalam Bersatu memuncak dengan pemecatan 17 pemimpin termasuk Datuk Seri Hamzah Zainudin, tokoh yang sebelum ini menjadi jambatan penting antara Pas dan Bersatu.

Penganalisis menjangkakan pemecatan ini merenggangkan hubungan dua parti teras PN, meskipun Pas menegaskan bahawa ia tidak menyebelahi mana-mana kem dalam pertikaian tersebut.

Dalam pada itu Takiyuddin berkata, mesyuarat tersebut turut bersetuju untuk melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Pengerusi PN.

 

Must Watch Video