awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Kerajaan hormati mandat baharu dan tuntutan rakyat Sabah - PM Anwar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/11/2025
03:55 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Kerajaan hormati mandat baharu dan tuntutan rakyat Sabah - PM Anwar
Menurut Anwar, keputusan PRN Sabah jelas mencerminkan kehendak rakyat Sabah yang menuntut perubahan selepas sekian lama berdepan ketidakadilan dan pengabaian, baik daripada parti dari Semenanjung mahupun Sabah sendiri. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI menzahirkan penghormatan sepenuhnya terhadap mandat baharu yang diberikan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bagi pembentukan Kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, berkata keputusan itu jelas mencerminkan kehendak rakyat Sabah yang menuntut perubahan selepas sekian lama berdepan ketidakadilan dan pengabaian, baik daripada parti dari Semenanjung mahupun Sabah sendiri.
“Alhamdulillah, dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kami berusaha merungkai isu-isu yang diwarisi, termasuk tuntutan dan hak yang menyentuh kepentingan Sabah.
"Beberapa kemajuan nyata telah dicapai, khususnya berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Ahad.
Dalam masa sama, Anwar menegaskan, Kerajaan MADANI akan terus konsisten meneruskan usaha pembaharuan demi mewujudkan sebuah Sabah yang adil, saksama, makmur dan tidak lagi dipinggirkan.
“Suara rakyat Sabah adalah amanah yang mesti kita junjung dengan sikap pertanggungjawaban yang tinggi,” katanya lagi.
Keputusan rasmi PRN Sabah Ke-17 menyaksikan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi, sekali gus muncul sebagai parti dengan kerusi terbanyak.
Hajiji yang juga Pengerusi GRS mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah untuk penggal kedua, awal pagi tadi.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Kerajaan Madani
#mandat baharu
#PM Anwar Ibrahim
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan