KUALA LUMPUR: Isu membabitkan pemecatan beberapa ahli UMNO tidak dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi, sebaliknya tertumpu kepada usaha memperkasakan parti itu.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata isu berkaitan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil mengenai UMNO perlu bergerak solo dalam pilihan raya sebelum ini, juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat itu susulan ketidakhadirannya.
"Isu ini tidak timbul kerana keputusan Kerajaan Perpaduan sudah dibuat pada 23 Nov 2022, itu keputusan parti oleh Majlis Tertinggi (MT)... keputusan yang diambil itu adalah keputusan konsensus.
"Saya kongsikan pada malam (keputusan) itu, 56 Ahli MT semua bersetuju dan hanya dua orang sahaja yang mempunyai pandangan berbeza.
"Tetapi, ketetapan bersama dibuat dan selepas itu tiada isu berbangkit di luar oleh mana-mana Ahli MT. Cuma baru-baru ini sahaja (ia dibangkitkan)," katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, di sini malam tadi.
Mengenai perkembangan isu melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis yang menghadiri Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional (PN), Asyraf Wajdi berkata perkara itu terserah kepada Lembaga Disiplin.
Terdahulu, Isham Jalil mendakwa dirinya termasuk beberapa ahli UMNO berkemungkinan dipecat daripada parti itu minggu ini, susulan tindakan lantang pemimpin terbabit mengkritik keputusan kepimpinan parti menyertai pilihan raya bersama Pakatan Harapan (PH).
Berhubung mesyuarat malam tadi, Asyraf berkata parti itu menyambut baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan kembali Konvensyen Ekonomi Bumiputera sekali gus, menawarkan untuk mengurus selia penganjurannya.
Selain itu, beliau berkata UMNO akan melaksanakan langkah penambahbaikan dan pemerkasaan parti berpandukan dapatan post-mortem keputusan enam Pilihan Raya Negeri yang telah diperincikan dan diperoleh daripada bahagian-bahagian UMNO.
"Konvensyen UMNO bahagian-bahagian juga akan diadakan berfokuskan aspek pengukuhan organisasi parti dan memberikan kefahaman kepada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi berkenaan dasar-dasar parti membabitkan prinsip dan hala tuju perjuangan parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengukuhan hubungan kerjasama UMNO bersama rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan juga akan dipergiatkan bagi memastikan kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023

Asyraf Wajdi bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan beri keutamaan selesai isu perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA - PM
Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mesyuarat MT UMNO: 'UMNO tidak terlibat Himpunan Rakyat Bersatu' - Najib
Datuk Seri Najib berkata UMNO tidak terlibat dalam Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan pada 16 September ini.