PAGOH: Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu diadakan, buat masa ini.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun menegaskan, jika pembubaran itu tetap berlaku, parti itu akan kekal mengambil bahagian seperti biasa.
“Jika DUN Johor dibubarkan tentunya ia satu perkara yang tidak begitu digemari orang ramai dan saya berpandangan mungkin tiada keperluan untuk perkara itu (PRN).
“Namun jika ia tetap berlaku kerana semuanya di luar kawalan kami (parti), maka kita terpaksa ambil bahagian bersamalah dalam PRN itu nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Sukarelawan Pasca Banjir Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di Kampung Sungai Berani, di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama Bersatu - Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi kemungkinan pilihan raya berkenaan, jelasnya, ia terlalu awal untuk diputuskan.
BACA: Pas sedia hadapi PRN Johor - Abdul Hadi
Sebaliknya, Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, fokus yang harus diberi keutamaan oleh semua pemimpin politik ketika ini adalah membantu rakyat berdepan musibah, termasuk pascabanjir.
“Di peringkat persekutuan kami semua bekerja dengan baik dan memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri yang datangnya daripada BN.
"Mungkin ada segelintir pemimpin yang fikir perlu ada perpecahan supaya menguntungkan mereka. Namun, saya kira, pada waktu ini semua ahli politik perlu faham, kita kena kurangkan berpolitik.
"Rakyat sudah letih dan muak dengan pelbagai musibah. Tunggulah nanti keadaan sudah reda barulah kita berpolitik,” tambahnya.
BACA: 'PRN Johor mungkin picu kepada PRU15 tahun ini'
Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mengenai seorang ADUN dari blok kerajaan yang bakal menjadi wakil rakyat Bebas bagi memberi laluan kepada PRN di negeri itu.
Namun ADUN Puteri Wangsa Mazlan Bujang yang disebut-sebut bakal membuat gerakan itu menafikan dakwaan berkenaan.
DUN Johor mempunyai 56 kerusi terdiri daripada UMNO dan DAP masing-masing menyandang 14 kerusi, Bersatu (11), MIC (2), PAS (1), Amanah (6) dan PKR (7).
BACA: PRN Johor: Ia akan terus menjadi tanda tanya - MB
Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang berikutan kematian ADUN Kempas yang juga bekas menteri besar Datuk Osman Sapian 21 Dis lalu.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan menilai dan memantau reaksi terkini DUN untuk melihat kedudukan kerajaan dan keberangkalian perlunya PRN diadakan.
Ia susulan kedudukan kerajaan negeri ketika ini yang dilihat kurang stabil dengan hanya kelebihan satu kerusi DUN.
Bagaimanapun, menurutnya, isu mengenai kelebihan satu kerusi sahaja tidak memadai untuk PRN diadakan memandangkan situasi politik di negeri ini berbeza berbanding di Sarawak atau Melaka.
Isnin lalu, beliau menegaskan, beliau tidak pernah membuat sebarang keputusan berhubung isu PRN.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Jan 15 2022
AHMAD FAIZAL: Jika DUN Johor dibubarkan tentunya ia sesuatu yang tidak begitu digemari orang ramai. - Gambar fail BERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
DUN Selangor bubar secara rasmi hari ini
Pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.
DUN Kelantan bubar secara rasmi hari ini
Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.
Aminuddin akan menghadap Tuanku Muhriz, mohon perkenan bubar DUN pada 28 Jun
Aminuddin berkata beliau akan menghadap Tuanku Muhriz pada 28 Jun ini bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
NTF bubar secara rasmi 31 Disember
National Task Force (NTF) yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan Op Benteng ketika pandemik COVID-19 melanda pada 2020 akan dibubarkan secara rasminya pada 31 Disember ini.
PRU15: Kedah tidak bubar DUN sebelum Mac - MB
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembubaran DUN Kedah hanya akan dilakukan pada bila-bila masa selepas Mac tahun hadapan.
Sekarang bukan masa sesuai untuk PRU - Chieng Jen
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyifatkan tindakan membubarkan parlimen pada ketika negara berdepan risko banjir sebagai terburu-buru.
Tiada keperluan bubar DUN Johor ketika ini - Ahmad Faizal
Bagaimanapun, jika pembubaran tetap berlaku, Bersatu akan kekal mengambil bahagian dalam PRN Johor.