KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menggambarkan hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, sebagai 'tidur bantal yang lain, namun mimpi tetap sama'.
Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata walaupun Barisan Nasional (BN) tidak menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipengerusikan Hajiji juga ADUN Sulaman, BN tetap menyokong gabungan itu bagi memastikan kerajaan Sabah stabil untuk rakyat.
Pengerusi BN Sabah itu berkata kerajaan Sabah sebelum ini sukar untuk meletakkan fokus membangunkan negeri, kerana terlalu kerap bertukar kerajaan dengan 16 kali mengadakan pilihan raya negeri berbanding Sarawak hanya 12 kali dan Persekutuan sebanyak 14 kali mengadakan pilihan raya umum.
"Kita ada banyak perancangan, tetapi tidak akan menjadi kalau kita tidak habis-habis jatuhkan satu sama lain, sebelum ini macam-macam jenis kerajaan negeri kita cuba tetapi tidak menjadi, jadi kita sama-sama pertahankan dan bantu kerajaan negeri sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bagi kementeriannya, pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah di sini malam ini.
Persidangan itu kemudian ditangguhkan ke hari esok.
GRS secara rasmi terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP), tanpa penyertaan BN dianggotai UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menggambarkan hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, sebagai 'tidur bantal yang lain, namun mimpi tetap sama'. - Gambar fail/BERNAMA
Persediaan gelombang baharu
Situasi banjir terus menjadi perhatian, khususnya di kawasan pantai timur, termasuk Pasir Puteh, Kelantan, yang kini bersedia menghadapi kemungkinan gelombang baharu.
Hasimi Muhamad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhamad, Wartawan Astro AWANI
Fadillah terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia
Anugerah itu disampaikan Pengerusi WMLF Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Tan Sri Michael Yeoh di Parlimen hari ini.
Sistem terbaharu MetMalaysia mampu ramal risiko bencana 14 hari lebih awal - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi bagi melakukan ramalan cuaca di negara ini.
Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Persiapan jentera luar biasa - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam memastikan penyelarasan dari pelbagai aspek dilaksankan lebih awal.
JPS, TNB wujudkan bilik gerakan pantau banjir, bekalan elektrik terputus
Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) mewujudkan 'war room' bagi memantau keadaan banjir di seluruh negara, selain merangka tindakan penyelesaian segera.
MTL: APMM Kelantan gerakkan pasukan rondaan pesisir pantai
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menggerakkan pasukan rondaan pesisir pantai bagi melaksanakan Program Pencegahan Carilamat setiap hari pada musim Monsun Timur Laut.
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.
Banjir: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim masih ditutup
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) masih ditutup akibat banjir.
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.
Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.