Tun Dr Mahathir hari ini menyangkal dakwaan tindakan memfailkan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti termasuk beberapa anggota perhubungan UMNO negeri, adalah satu usaha kerajaan untuk membankrapkan parti itu.
Perdana Menteri berkata, jika itulah motifnya, kerajaan boleh lakukannya lebih awal.
"(Sebaliknya) kami benarkan Najib untuk agak bebas, walaupun dia sedang didakwa, dia bergerak bebas sebagai 'Bossku'," katanya kepada media ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di perasmian Persidangan Minyak dan Gas Asia 2019 di sini hari ini.
Turut hadir di perasmian tersebut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Jumaat lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan suruhanjaya tersebut telah memfailkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Termasuk dalam senarai ialah anggota perhubungan UMNO Negeri Selangor, anggota perhubungan UMNO Pahang, anggota perhubungan UMNO Kedah, anggota perhubungan UMNO Johor dan anggota perhubungan UMNO Sabah.
Beberapa pemimpin UMNO mendakwa bahawa langkah tersebut, merupakan rancangan kerajaan Pakatan Harapan untuk menyingkirkan parti itu dan mereka tidak menolak kemungkinan, menubuhkan UMNO lain jika ia dibubarkan.
Mengenai perkata itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata, beliau tidak kisah jika parti itu mempunyai rancangan menubuhkan yang baharu, tetapi apa juga kesalahan yang telah dilakukan, perlu dihukum mengikut undang-undang.
"Apa berlaku dahulu ialah UMNO ambil duit yang dicuri untuk diberi kepada bahagian, duit yang dicuri mereka mesti dibayar balik, bukan kepada UMNO tetapi kerajaan.
"Sebab itu duit kerajaan yang dicuri Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita dapati duit dari Najib ini dia bagi kepada bahagian-bahagian dan UMNO bahagian (pula) belanjakan duit curi, 'stolen money'," katanya.
Mengenai Azmin yang dikaitkan dengan skandal video seks, Dr Mahatir mengulangi bahawa, tidak ada keperluan untuk Timbalan Presiden PKR itu untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.
"Tidak ada keperluan (letak jawatan) hanya kerana ada orang di negara lain melakukannya (letak jawatan bila dikaitkan dengan isu). Saya tahu di satu negara, jika sebuah kapal terbang terhempas di lapangan terbang, menteri pengangkutan letak jawatan atau keluarkan dirinya dari kereta api, tetapi ini bukan cara kita," katanya.
Beliau juga menyatakan keyakinannya yang video tersebut merupakan satu percubaan yang sengaja dilakukan bagi merosakkan masa hadapan Azmin.
"Saya tidak rasa yang beliau begitu bodoh untuk melakukannya dan ditangkap, saya rasa ada orang yang mahu menjatuhkan beliau ... kini dengan keajaiban elektronik, anda boleh tunjukkan banyak gambar yang boleh jadi betul, atau tidak benar.
"Sebab itu lah kita telah hentikan dengan berita palsu itu, tetapi bagaimanapun kami rasakan seseorang perlu mengambil tindakan terhadap berita palsu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2019
Dr Mahathir melawat ruang pameran semasa hadir pada AOGC 2019 di KLCC hari ini. Turut hadir, Mohamed Azmin dan Saifuddin Nasution. --fotoBERNAMA
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.