Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diramal berlangsung pada akhir 2020 iaitu lebih awal daripada penggal kerajaan PH tamat, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau juga menjangkakan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya memulangkan mandat kepada rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin menerusi PRU.
“Tuan-tuan dan puan-puan janganlah ingat pilihan raya lama lagi; jangan ingat pilihan raya lagi empat tahun.
“Saya jangkakan PRU15 tak lama lagi, tapi bukanlah tahun ini; habis lama pun penghujung tahun depan (2020).
"Sudah bersediakah kita? Kita mesti siap sedia, fikir, runding elok-elok dan semestinya kita akan rombak semula untuk pembahagian kerusi antara BN, Pas dan parti-parti lain yang bersama kita,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang, di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Pas Selayang, Mohd Zaidy Abdul Talib dan ahli-ahli Pas Selayang.
Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau memberitahu, pada kempen di PRK Sandakan bulan lalu, beliau pernah menyebut ramalan Dr Mahathir tidak akan menyerahkan tampuk kuasa kepada Anwar dan andaiannya itu dibidas oleh veteran DAP, Lim Kit Siang.
“Saya saja buat umpan, sebab saya tahu Dr Mahathir sebagai seorang doktor, beliau akan potong tangan atau kaki yang ada kanser. Lepas itu terpulanglah kepada tuan punya badan untuk menguruskan kesihatan.
“Begitu juga dengan kerajaan, beliau (Dr Mahathir) akan pulangkan semula kepada rakyat Malaysia untuk pilih pemimpin. Peliknya kenapa Kit Siang melenting sehingga ajak saya bertaruh?
"Tapi, saya yakin Dr Mahathir dah baca ‘mesej’ saya, iaitu DAP terang-terangan berada di belakang Anwar,” ujar Mohamad.
Mengulas lanjut tentang PRU15, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden itu juga meramalkan hasil jalinan kerjasama dengan Pas, gabungan itu mampu merampas empat negeri yang dikuasai kerajaan PH di samping mengekalkan kemenangan di negeri Perlis, Pahang dan Kelantan.
“Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak saya yakin kita akan menang semula. Tapi Selangor saya tak dapat nak baca lagi. Hasil kerjasama dengan Pas dan beberapa parti lain, kita perlu susun strategi supaya kuat semula.
“Bagaimanapun, saya nak ingatkan rakan-rakan bukan Islam jangan bimbang, kerjasama dengan Pas ini bukan bertujuan nak perangi sesiapa. Kita nak bersatu, nak amankan Malaysia bukannya nak jadikan negara Taliban seperti didakwa sebab agenda kita nak menang,” kata beliau.
Sementara itu, beliau juga menjelaskan khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini yang mendakwa dirinya sebagai dalang yang berusaha menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kata Mohamad, rancangan beliau untuk mengadakan ‘retreat’ dengan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hanyalah bertujuan meminda Perlembagaan parti untuk memudahkan pendaftaran orang ramai menjadi ahli UMNO.
“Saya cadang buat retreat sehari untuk MT UMNO bahas dan bincang isu Perlembagaan parti, itu sahaja. Tak timbul soal saya mendalangi untuk menyingkirkan sesiapa. Saya kalau boleh saya nak cuti.
“Tak timbul soal nak jawatan-jawatan ini. Jadi jangan nak menuduh yang bukan-bukan yang boleh sebabkan parti jadi kucar kacir semula. UMNO dah elok, orang belum suka lagi tapi orang dah benci dengan PH,” katanya.
Mohamad menambah, beliau dipilih untuk mengemudi UMNO dan BN ibarat seperti menjadi pemandu bas yang kurang surat saman.
“Saya dipilih sebagai pemandu bas, pandu bas UMNO sebab saya tak banyak saman. Polis tak tahan saya. Kalau pemandu lain mungkin susah, asyik ditahan polis.
“Kita semua nak sampai ke destinasi yang sama iaitu menjadi kerajaan semula. Saya pandu anda semua. Sebab kita semua tahu kerajaan PH tak lama, satu penggal saja,” ujarnya berseloroh.
Mengulas perkembangan semasa politik tanah air, Mohamad sekali lagi mengingatkan pimpinan dan juga ahli UMNO agar tidak terpesona dan terpesong dalam permainan politik.
“Dia yang makan buah macang muda, apa pasal kita (UMNO) nak kena getah? Terserah kepada mereka untuk selesaikannya.
“Jangan kita terpesona dan terpesong, ini pendirian kita, tidak campur tangan masalah mereka (PH). Biar reput, jatuh sendiri, jangan dijolok,” katanya.
Sinar Harian
Sun Jun 16 2019
Mohamad meramalkan hasil jalinan kerjasama dengan Pas, gabungan itu mampu merampas empat negeri yang dikuasai kerajaan PH. -Gambar fail
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.