awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
NVIDIA sedia hantar 82,000 unit GPU H200 ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO bakal terkubur, sertailah Pas - Mohd Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/12/2018
08:05 MYT
UMNO bakal terkubur, sertailah Pas - Mohd Amar
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah mencadangkan supaya UMNO dibubarkan dengan kesemua ahlinya menyertai PAS. - Foto Astro AWANI
Pas menyifatkan parti keramat Melayu, UMNO tidak mempunyai masa depan politiknya selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.
Bahkan sebelum ini Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah mencadangkan supaya UMNO dibubarkan dengan kesemuanya menyertai PAS.
“Lepas PRU saya ada cadangkan UMNO dibubarkan dan semua ahli UMNO masuk Pas sebab bagi kita, UMNO ini sudah tiada masa depan dari segi politiknya dan tempoh sudah berakhir.
“Memang kita berkawan, memang ajak (sertai Pas). Sejak dahulu kita minta UMNO bersama kita. Dalam keadaan ini, sesuailah untuk masuk sini Pas),” katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu, hari ini.
Mohd Amar berkata demikian ketika diminta memberikan reaksi situasi yang melanda UMNO ketika ini dengen terbaru pengunduran Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ditanya mengenai tindakan Ahmad Zahid yang menyerahkan tugas kepada Datuk Seri Mohamad Hassan, beliau bagaimana pun tidak mahu mencampuri urusan dalaman parti tersebut.
Pas katanya membuka pintu untuk ahli UMNO bersama dalam perjuangan Pas membela umat Melayu dan agama Islam.
Beliau menegaskan, ketika kebanyakkan parti politik, samada UMNO, PKR dan Amanah berdepan dengan masalah dalaman, PAS kekal utuh dan tidak berdepan dengan cabaran.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Malaysia Baharu
#Melayu
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PAS
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PKR
#PRU
#PRU14
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan