UMNO bukan 'homestay' atau inap desa untuk mana-mana bekas ahli Parlimen parti itu menumpang teduh dan bebas keluar masuk untuk memuaskan kehendak politik sendiri.
Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat menyifatkan mereka yang berkenaan sebagai "tiada jiwa".
Dia mengibaratkan pihak berkenaan sebagai tiada kesedaran terhadap parti yang pernah berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk negara satu masa dahulu.
"UMNO adalah parti Melayu terbesar yang telah mendapatkan kita kemerdekaan, mempertahankan kedudukan agama Islam dan hak keistimewaan kaum bumiputera sekali gus memperjuangkan institusi Raja Berperlembagaan.
"Maka dengan daulat institusi tersebut dan keramat parti kita, penderhaka dan pengkhianat kepada agama dan bangsa harus dilayan dengan tegas," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
BACA: UMNO saman Mas Ermieyati, Noor Azmi - Annuar Musa
BACA: Hishammuddin masih setia dengan UMNO, kata Najib
Tengku Putra berkata demikian ketika mengulas desas-desus enam ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan keluar UMNO bulan lalu dan dijangka memohon kembali sebagai ahli parti itu.
Difahamkan, keenam-enam ahli Parlimen itu kembali semula ke dalam UMNO kerana menerima tekanan undang-undang berikutan tindakan saman terhadap mereka dibuat akhir bulan lalu.
Sumber parti memberitahu, sudah ada perbincangan antara keenam-enam ahli Parlimen itu dengan Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Jemaah Penasihat parti, Tengku Razaleigh Hamzah.
Mereka ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Seri Ikmal Hisham (Tanah Merah) dan Datuk Mohamad Fasiah (Sabak Bernam).
Tengku Putra turut mempersoalkan tujuan ahli Parlimen berkenaan jika benar mahu masuk semula ke dalam UMNO.
"Adakah mereka benar-benar ingin pulang kerana takut diambil tindakan undang-undang oleh parti di bawah 'The Doctrine of Legitimate Expectation' kerana mengkhianati rakyat yang telah mengundi mereka di atas tiket UMNO serta BN?
"Atau adakah mereka baru sedar bahawa di bawah parti pemerintah hari ini, sudah tiada tempat untuk pengkhianat UMNO yang dipanggil 'sampah' yang hendak menumpang berteduh dan mendapat jawatan serta habuan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pakatan Harapan (PH)?" soalnya.
Tegas Tengku Putra lagi, akar umbi berharap Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengenakan beberapa syarat atau hukuman seandainya permohonan ahli Parlimen berkenaan dipertimbangkan untuk memasuki semula parti.
"Mereka tidak boleh kembali memegang jawatan dalam parti yang mereka sandang sebelum mereka meninggalkan UMNO.
"Mereka tidak boleh bertanding atau memegang apa-apa jawatan atas perlantikan selama dua penggal UMNO iaitu selama enam tahun.
"Mereka juga tidak boleh dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk satu penggal iaitu sehingga PRU16," tegasnya.
Tambahnya, kepulangan mereka ke dalam UMNO mestilah hanya sebagai ahli Parlimen dan ahli biasa bernombor siri keahlian yang baru dan bukan sebelum ini.
"Ini amatlah penting untuk dipertimbangkan demi memberi keadilan kepada akar umbi yang selama ini tekad dan taat setia bersama parti walaupun dihina serta dicaci oleh penyokong kerajaan kerana huru-hara yang dicetuskan ahli-ahli Parlimen tersebut," katanya.
Astro Awani
Wed Jan 16 2019
TENGKU PUTRA: Maka dengan daulat institusi diraja dan keramat UMNO, penderhaka dan pengkhianat kepada agama dan bangsa harus dilayan dengan tegas. - Gambar fail
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.