Skip to main content

Politik

UMNO harus ubah strategi berdasarkan realiti semasa, tidak terikat formula lama - Tok Mat

KUALA LUMPUR, 2 Mei -- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan ucapan pembukaan pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL) hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohamad menyampaikan ucapan pembukaan pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL) hari ini. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: UMNO harus mengubah strategi untuk menghadapi pilihan raya berdasarkan realiti semasa agar tidak terikat dengan formula lama.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat, dalam politik moden, sikap fleksibiliti merupakan senjata agar parti kembali menjadi dominan.

Advertisement

“Pilihan raya hari ini tidak lagi statik. Landskap, pengundi, isu juga berubah. Strategi pilihan raya UMNO bukan ditentukan hari ini, strategi kita ditentukan berdasarkan realiti semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada Konvensyen 80 tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohamad turut mengingatkan ahli parti mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor serta Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan berlaku dalam masa terdekat.

Tegasnya, ahli UMNO seharusnya bersatu padu dan mengelak dari sebarang perpercahan dalam menghadapi pilihan raya.

“Kemenangan bukan datang dengan sendiri, Ia hasil disiplin, strategi, kesatuan. Kalau kita berpecah, kita kalah sebelum bertanding,” katanya.

Mohamad turut menyatakan kekuatan pilihan raya bukan sekadar ceramah atau perang poster namun ia melibatkan analisis serta data.

Tambahnya, calon yang diketengahkan parti perlu memiliki integriti tinggi, diyakini mampu menang di kawasan ditandingi serta mempunyai hubungan rapat dengan rakyat.

Must Watch Video