awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kyrgyzstan lucut semua anugerah negara bekas Presiden Atambayev
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi 18 tahun: Pas bawa usul persendirian ke Parlimen - Hadi Awang

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2019
10:02 MYT
Undi 18 tahun: Pas bawa usul persendirian ke Parlimen - Hadi Awang
Menurut Abdul Hadi, pendaftaran automatik perlu kerana rakyat Malaysia cuai untuk mendaftar sebagai pengundi. - Gambar fail
Pas akan membawa usul persendirian dengan menuntut warganegara yang berusia 18 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi dan layak menjadi calon pilihan raya.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata usul itu akan dibawa pada sidang Parlimen selepas ini.
Menurut Abdul Hadi, pendaftaran automatik perlu kerana rakyat Malaysia cuai untuk mendaftar sebagai pengundi.
“Kita tambah lagi akan bawa usul persendirian itu sudah dipersetujui semua parti-parti pembangkang yang merupakan asas Pas, UMNO dan Parti Sarawak supaya ... yang pertamanya ialah pendaftaran automatik kerana masalah kerana orang kita cuai apabila suruh daftar,” tambahnya.
“Jadi, bila cukup umur 18 tahun, automatik umur dalam kad pengenalan itu cukup dan kita minta tanggungjawab mengundi dipertingkat, diperkasakan kerana kefahaman kewajipan mengundi itu masih lemah kepada orang muda kita kemudian ditambah lagi 18 juga berhak jadi calon itu tambahan,” kata Abdul Hadi.
Beliau berkata lazimnya umur mencecah 18 tahun telah matang bagaimana pun ianya bergantung pada pendidikan.
Terdahulu Ahli Parlimen pembangkang akan menyokong cadangan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had usia mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, sekiranya pendaftaran automatik sebagai pengundi dilaksanakan pada usia 18 tahun.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun hari ini memaklumkan kerajaan perlu membuat pindaan lain dalam Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik (AVR).
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Azhar Azizan Harun
#Malaysia Baharu
#Parlimen
#Parti Sarawak
#PAS
#Perlembagaan Persekutuan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#UMNO
#undi berusia 18 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan