KUALA LUMPUR: Penyelesaian kepada kemelut politik yang melanda negara ketika ini hanya boleh diselesaikan sekiranya kesemua parti berteraskan Melayu dan Bumiputera kembali bertaut dan tidak berpecah belah, kata Tan Sri Annuar Musa.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, kesemua pemimpin yang terlibat perlu mengetepikan dendam dan politik peribadi.
Sebaliknya, jelas beliau lagi, mereka perlu mendahulukan kekuatan ummah, dengan orang Melayu menjadi teras dan tiang seri politik negara.
“Bukan rahsia lagi bahawa kemelut politik masa kini tercetus apabila salah sebuah dari parti utama orang Melayu dan Bumiputera berusaha menarik keluar dari gabungan baharu PN-BN-GPS yg sebelum ini menjadi paksi utama equilibrium 'coalition politics' negara kita.
“Penarikan balik sokongan kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) oleh lapan Ahli Parlimen UMNO, telah berjaya digunakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) untuk memaksa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ‘endorse’ tindakan beliau dan dijadikan keputusan parti,” katanya lagi.
BACA: UMNO tidak boleh pertimbangkan tawaran dari seorang yang sudah tiada keabsahan - Zahid
BACA: Apa sebenarnya 'endgame' yang dimahukan UMNO, soal Hamidin
BACA: Ahli Parlimen UMNO sokong PN diminta insaf, fahami maksud sebenar wakil rakyat - Ahmad Zahid
BACA SEMUA BERHUBUNG POLEMIK POLITIK NEGARA DI SINI
Dengan demikian, Annuar berkata, Ahmad Zahid berjaya menarik tujuh lagi Ahli Parlimen yang beliau dakwa mudah ketakutan kononnya ia keputusan parti, lalu menjadikan kesemuanya seramai 15 orang.
Jelas beliau lagi, ketidakstabilan bagi kerajaan yang selama ini pun terbentuk dengan hanya dua atau tiga kerusi majoriti sememangnya mudah diancam.
“Namun persoalannya, apakah harga yang perlu dibayar akibat ketidakstabilan ini? Apakah rakyat merestui perbuatan ini?
“…apakah ia membawa kepada keadaan lebih baik, atau lebih memporakperandakan politik negara, dan nasib rakyat?” soalnya lagi.
Justeru, Annuar berkata, dalam sebuah negara majoriti Melayu dan Bumiputera, kestabilan hanya wujud apabila politik orang Melayu dan kaum Bumiputera itu sendiri padu dan stabil.
Firdaus Azil
Sat Aug 14 2021
Annuar Musa berkata, bukan rahsia lagi kemelut politik masa kini disebabkan oleh satu parti politik utama Melayu dan Bumiputera. - Gambar fail
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.