KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) tidak goyah walaupun beberapa bekas pemimpin tertinggi meninggalkan parti itu.
Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata di sebalik perkara itu, hakikatnya Warisan semakin diterima ramai.
"Warisan tidak goyah dan menubuhkan parti baharu adalah perkara biasa dalam politik.
"Dari Parti Bersatu Sabah PBS telah melahirkan banyak parti lain berasaskan kaum tertentu seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS, Parti Maju Sabah SAPP, Parti Kinabalu Progresif Bersatu UPKO dan Parti Liberal Demokratik LDP," katanya ketika ditemui media di sini.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang itu dengan keluar parti dan menubuhkan parti yang berasaskan kaum tertentu tidak mampu mengubah corak pembangunan negara.
"Tetapi perubahan tidak berlaku, itu yang saya katakan di Sabah ini kena ada perubahan.
"Negara kita masih dalam landasan keadaan kaum dan agama yang membimbangkan."jelasnya.
Warisan sejak awal tahun lepas berdepan krisis selepas beberapa pemimpinnya mengambil keputusan meninggalkan parti itu.
Bermula dengan ADUN Sebatik, Hassan Pangeran Amir pada Februari 2021, diikuti pemimpin kuat masyarakat Kadayan yang juga ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yacob dan ADUN Segama, yang juga bekas Menteri Pelancongan, kKebudayaan dan Kesenian Datuk Mohamaddin Ketapi pada bulan Oktober 2021.
Naib Presiden Warisan merangkap ADUN Melalap, Datuk Peter Anthony dan Adun Limbahau, Datuk Juil Nuatim pula secara rasmi meninggalkan parti itu pada 28 Disember 2021 selepas hilang kepercayaan kepada parti itu.
BACA: Sah, giliran Peter Anthony tinggalkan Warisan, bakal tubuh parti tempatan baharu
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sun Jan 02 2022
Jelas Shafie, dengan keluar parti dan menubuhkan parti yang berasaskan kaum tertentu tidak mampu mengubah corak pembangunan negara. - Foto Astro AWANI
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
Benarkah Tahun Melawat Perak hambar?
Ramai yang membandingkan TMP2024 dengan Tahun Melawat Melaka dan Tahun Melawat Perlis yang juga berjalan serentak pada tahun sama.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
UMNO Sabah, Warisan beri gambaran wujud kerjasama menuju PRN
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bakal mewujudkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Bung Moktar hadir Perhimpunan Agung Tahunan Warisan
Bung Moktar bersama barisan pimpinan UMNO Sabah tiba sekitar jam 9 pagi Khamis di Dewan Hakka Likas.
Ketua Wira Pusat Warisan letak jawatan, keluar parti
Mohd Ismail Ayob meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Pusat Parti Warisan (Warisan) dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan sekaligus keluar daripada parti berkenaan.
Warisan tetap heret 11 ADUN keluar parti ke mahkamah
Parti Warisan tetap akan mengambil tindakan mengheret 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti itu ke mahkamah.
Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.