Skip to main content

Sukan

Final Piala Dunia 2026: Ini jumlah hadiah lumayan diterima juara, Sepanyol

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Final - Spain v Argentina - New York/New Jersey Stadium, East Rutherford, New Jersey, U.S. - July 19, 2026 Spain's Rodri lifts the World Cup trophy alongside teammates as they celebrate winning the World Cup as Spain's King Felipe VI watches on REUTERS/Mike Segar
REUTERS
Advertisement

SEPANYOL bakal membawa pulang hadiah lumayan kira-kira RM204.8 juta selepas menumpaskan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026 di New York awal pagi tadi.

Ia merupakan sebahagian daripada bajet kewangan rekod RM2.98 bilion yang diluluskan oleh Perseketuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi edisi ke-23 ini.

La Roja turut mendapat 'penghargaan' mewah apabila FIFA mengesahkan pasukan akan dihadiahkan cincin emas dengan koleksi edisi terhad bernombor individu untuk memperingati kejohanan 2026.

Argentina akan menerima anggaran RM135.16 juta selaku naib johan, sementara England memperoleh sekurang-kurangnya RM118.78 juta usai merangkul tempat ketiga kejohanan kali ini.

Pasukan yang tersingkir pada peringkat awal (kedudukan 33 hingga 48) masih menerima RM36.86 juta sebagai hadiah penyertaan.
 

 

 

Must Watch Video

Advertisement