SPORTS
4 atlet seni tempur negara bakal beraksi di kejohanan ONE di KL

Kejohanan ONE: Masters Of Destiny akan menampilkan atlet Malaysia seperti Ev Ting, Jihin Radzuan, Saiful Merican dan Mohammed Mahmoud. - Foto ONE
Empat atlet seni mempertahankan diri negara bakal beraksi pada acara ONE Championship yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Julai depan.
Kejohanan tersebut akan menampilkan atlet Malaysia seperti Ev Ting, Jihin Radzuan, Saiful Merican dan Mohammed Mahmoud.
Ev ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini turut berkongsi keterujaan beraksi di gelanggang sendiri.
Atlet berusia 29 tahun itu akan berdepan bekas petarung UFC dari Jepun, Daichi Abe dalam pertandingan lightweight seni bela diri campuran (MMA).
“Dia lawan yang sukar, ada nama. Tapi saya yakin dengan kem latihan saya sekarang ini. Keadaan saya sangat baik, dan saya lebih dari bersedia untuk menguji skil saya, dan mengalahkannya,” kata Ev yang mempunyai rekod profesional, 16-6 kepada Astro AWANI.
Bagi petarung muda MMA wanita negara, Jihin Radzuan pula, dia yakin akan memperolehi kemenangan pada pusingan pertama atau kedua.
"Perlawanan ni saya boleh katakan konfiden dan mungkin boleh akhirkan pertarungan dalam pusingan pertama atau kedua.
“Namun, seperti yang saya katakan saya tak boleh memandang rendang pada lawan saya itu,” kata atlet berusia 21 tahun itu.
Selain Ev dan Jihin, dua atlet negara, Saiful Merican dan Mohammed 'Jordan Boy' Mahmoud turut akan beraksi pada acara itu nanti dalam pertandingan Muay Thai.
Kejohanan 'ONE: Masters Of Destiny' dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, 12 Julai ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami