Tan Sri Annuar Musa dicalonkan semula sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan bakal berdepan dengan tiga lagi individu pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu, 6 Julai ini.
Annuar, bekas presiden selama dua penggal iaitu pada 2007 hingga melepaskan jawatan itu pada November 2016, merupakan antara nama diterima selepas pencalonan ditutup pada jam 12 tengah hari tadi.
Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan pencalonan Annuar bersama tiga lagi calon bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan yang melepaskan jawatan presiden secara sukarela pada 18 Jun lalu.
Tiga lagi calon presiden ialah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.
"Pertandingan empat penjuru jawatan presiden merupakan perkembangan positif berikutan masih ramai yang sayangkan persatuan dan bola sepak Kelantan," katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA
BACA: Rosmadi nafi tawar diri jadi Presiden KAFA
Jawatan timbalan presiden pula bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu Afandi, naib presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Rosmadi Ismail, ahli perniagaan, Datuk Seri Mohd Zumridi Tambi dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Muhammad Yusri Ismail.
Bagi tiga jawatan naib presiden bakal menyaksikan pertandingan sembilan penjuru iaitu antara Ahmad Muzakir Hamid, Datuk Rowi Dollah, Datuk Shaari Mat Hussain, Effendy Yahya, Hassan Hasbullah, Azman Ibrahim, Muhammad Affiq Kamaruzaman, Prof Dr. Zaliman Sauli dan Wan Rekemi Wan Zahari.
BACA: Ahli gabungan Kafa mahu Bibi Ramjani undur secara terhormat
BACA: 'Tak perlu guling, bawa calon yang layak' - Bibi Ramjani
Dalam pada itu, KAFA menerima 29 pencalonan untuk merebut 10 kerusi anggota exco.
Afandi berkata kesemua calon diberi masa sehingga Rabu ini untuk membuat pengesahan penerimaan pencalonan dan sekretariat KAFA akan menghubungi mereka untuk membuat pemakluman terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019
Annuar merupakan antara nama diterima selepas pencalonan ditutup pada jam 12 tengah hari tadi. - Gambar fail
Kumpulan pertama 284 jemaah haji berlepas ke tanah suci tengah malam tadi
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.
[TERKINI] JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
Annuar Musa antara 4 calon Presiden KAFA
Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan pencalonan Annuar bersama tiga lagi calon bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan yang melepaskan jawatan presiden secara sukarela pada 18 Jun lalu.
KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.
Bibi Ramjani pecah tradisi jadi wanita pertama terajui KAFA
Beliau merupakan wanita kedua di negara ini yang dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak selepas pelantikan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Presiden JDT Julai tahun lepas.
KAFA tunggu bantuan yang dijanji kerajaan negeri
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menunggu bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kerajaan negeri bagi membolehkan Kelantan terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Kongres Khas 29 Dis tentukan nasib KAFA
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas badan induk bola sepak negeri itu yang berlangsung malam ini.
Kelantan sah bersaing dalam Liga Malaysia musim depan
Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, menjelaskan pihaknya telah menghantar permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup penyertaan 30 November.
Presiden baharu FAM ditentukan 25 Mac depan
Teka-teki siapa yang bakal menjadi Presiden FAM bakal terjawab pada 25 Mac tahun depan apabila diadakan pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2017-2021.
'FAM teliti dakwaan TMJ'
Persatuan Bolasepak Malaysia sedang meneliti secara terperinci dakwaan Tunku Mahkota Johor berhubung penyelewengan dalam persatuan itu.
Laluan sukar menanti Selangor pada saingan Piala Malaysia
Juara bertahan Piala Malaysia, Selangor berdepan laluan sukar selepas diundi bersama juara dua kali, Kelantan dan Pahang FC selain Kuala Lumpur dalam Kumpulan B.
FAM setuju tindakan FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju dengan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan pasukan Pahang dipotong enam mata setelah badan induk dunia itu meneliti proses