SEPANG: Ketua Jurulatih skuad hoki lelaki negara A Arul Selvaraj sedia menerima sebarang keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengenai kedudukannya selepas Malaysia gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Bagaimanapun, Arul Selvaraj berkata beliau akan berjumpa Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal bagi membincangkan sama ada beliau masih diberi mandat untuk mengendali pasukan negara yang diberi julukan Speedy Tigers itu atau tidak.
"Sepatutnya tugas saya hingga 31 Dis lepas, tapi saya sambung hingga kelayakan (Sukan Olimpik Paris 2024) ini. Selepas ini saya bincang dengan Subahan, itu sahaja.
"Sekiranya kami boleh sambung untuk bekerjasama, saya okey. Kalau tiada, saya boleh bergerak ke hadapan.
"Subahan banyak pasukan sokongan, jadi saya serah kepada beliau untuk buat keputusan," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Terdahulu, skuad Speedy Tigers yang menamatkan kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di kedudukan kelima di Muscat, Oman selamat tiba di tanah air awal pagi tadi.
Pasukan negara sebelum itu gagal layak ke Olimpik Paris 2024, yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini, selepas menamatkan saingan peringkat Kumpulan A di kedudukan tercorot dengan satu mata, di belakang Great Britain yang muncul juara kumpulan (sembilan mata), Pakistan (empat mata) dan China (tiga mata), baru-baru ini.
Dalam pada itu, Arul berkata beliau sudah mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya badan induk hoki negara itu masih memberi peluang kepadanya untuk terus membimbing Speedy Tigers.
Katanya, beliau bersedia untuk mencurahkan idea dan perancangannya itu kepada presiden ketika sesi pertemuan mereka kelak.
"Kalau tak sambung dengan pasukan kebangsaan, saya akan pulang ke Dublin, Ireland. Saya ada akademi di sana, balik dengan keluarga.
"Tetapi saya tak fikir semua itu. Fokus saya, saya nak bincang dengan Subahan, bagi tahu perancangan saya. Masih ada tugas belum selesai," katanya.
Arul telah membimbing skuad hoki lelaki negara sejak Ogos 2020 bagi menggantikan tugas bekas Ketua Jurulatih Roelant Olthmans.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Arul ditemuramah oleh wartawan sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. --fotoBERNAMA
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Arul sedia terima sebarang keputusan KHM
Arul berkata beliau mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya KHM masih terus memberi peluang kepadanya.
Peluang Speedy Tigers ke Olimpik masih samar, tewas kepada Great Britain
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad negara selepas tewas kepada China 2-3 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, Isnin lepas.
Arul pilih pemain versatil untuk kelayakan Olimpik Paris 2024
Arul memuktamadkan barisan pasukannya dengan memilih pemain yang menawarkan versatiliti ke kelayakan Sukan Olimpik di Muscat.
Hoki: Kesemua pemain Speedy Tigers sudah mulakan latihan hari ini
Kesemua pemain skuad hoki lelaki kebangsaan telah memulakan sesi latihan menjelang kelayakan Sukan Olimpik yang berlangsung di Muscat, Oman.
Speedy Tigers perlu kekal dalam program RTG - Mirnawan
Mirnawan berkata, keputusan di Sukan Asia Hangzhou 2022 tidak sepatutnya dijadikan penilaian mutlak.
Kekalahan yang sukar diterima - Arul
Ketua jurulatih A. Arul Selvaraj mengakui amat sukar untuk skuad Speedy Tigers menerima kekalahan tipis 3-4 kepada India selepas mendahului dua gol pada aksi final Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023.
ACT: Speedy Tigers tundukkan Jepun, tempah slot ke separuh akhir
Kemenangan ketiga diraih Speedy Tigers di Stadium Mayor Radhakrishnan itu menyaksikan mereka mengesahkan slot ke separuh akhir ACT 2023.
ACT 2023: Speedy Tigers jinakkan China 5-1
Gol kelima disumbangkan Najmi Farizal Jazlan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-57 menambah derita China.
Julang Piala Sultan Azlan Shah 'hadiah bermakna' kepada penyokong hoki tanah air
Arul Selvaraj berkata kejayaan itu juga sentiasa dinanti-nantikan oleh pemain, barisan jurulatih serta pihak pengurusan.
Fokus satu demi satu perlawanan - Arul
Di atas kertas, Malaysia dilihat mampu mencipta sejarah merangkul kejuaraan buat pertama kali sejak kejohanan diperkenal pada 1983.