KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mula mengorak langkah berani dengan mempertaruhkan lebih ramai pemain muda dalam beberapa kejohanan utama selepas ini, termasuk Piala Sudirman, Thomas dan Uber.
Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata ia penting untuk menyediakan skuad bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, mengambil kira kitaran Olimpik kali ini lebih pendek susulan temasya Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan selama setahun akibat pandemik COVID-19.
Beliau turut memberikan bayangan supaya tidak terkejut jika pemain-pemain muda seperti Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin atau pemain berusia 17 tahun Justin Hoh disenaraikan untuk saingan tersebut.
Choong Hann berkata mengikut peracangannya, fasa pertama untuk kitaran Olimpik seterusnya meliputi tempoh 20 bulan, diikuti tempoh kelayakan setahun ke Paris 2024 bermula Mei 2023.
"Jadi tempoh 20 bulan itu adalah waktu kita membariskan atau tentukan kombinasi calon-calon yang kita utamakan, yang mana kita berikan platform dan peluang pertandingan dan juga tunjuk ajar untuk mereka sampai ke tahap ranking cukup, untuk memasuki mana-mana kejohanan apabila sampai fasa dua.
"Dengan pasukan lebih muda ini, memang kita agak ketinggalan kalau bandingkan dengan negara yang lebih maju seperti Jepun dan Indonesia, tapi saya percaya pemain kita dapat pamerkan elemen kejutan kali ini, menunjukkan bahawa apa yang mereka ada itu membawa masa depan yang bagus untuk negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian insentif BAM kepada pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, pada Khamis.
Choong Hann berkata pihaknya masih dalam proses penilaian pemain berdasarkan keputusan dan prestasi dalam kejohanan ranking dalaman yang berakhir Jumaat, sebelum menamakan skuad negara.
Juara All England Lee Zii Jia serta gandingan Aaron-Wooi Yik dijangka mengetuai bahagian perseorangan dan beregu lelaki, manakala Pearly Tan-M. Thinaah pula mungkin diketengahkan sebagai gandingan utama beregu wanita berikutan persaraan mengejutkan Chow Mei Kuan pada bulan lepas.
Beliau berkata pihaknya juga sedang mencuba beberapa gandingan yang sesuai bagi pasangan Mei Kuan, Lee Meng Yean kerana pengalamannya boleh membantu skuad negara tetapi masih di peringkat percubaan dan penilaian.
Piala Sudirman adalah kejohanan berpasukan campuran dijadual berlangsung di Vantaa, Finland bermula 26 Sept hingga 3 Okt, diikuti Piala Thomas dan Uber di Aarhus, Denmark pada 9-17 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021

Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata ia penting untuk menyediakan skuad bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024. -Gambar fail/BERNAMA

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.

Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
Wanita warga emas cedera dilanggar lari motosikal ditunggang dua remaja
Wanita warga emas cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar motosikal ketika berjalan di hadapan Masjid Zahir, di Alor Setar baru-baru ini.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
AWANI Ringkas: Penyumbang KDNK 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.

Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.