awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM harap peruntukan mencukupi untuk misi pingat Olimpik Tokyo

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/11/2018
08:37 MYT
BAM harap peruntukan mencukupi untuk misi pingat Olimpik Tokyo
Norza (kanan) ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sidang media khas Datuk Lee Chong Wei di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, hari ini. - Foto Bernama
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap agar Majlis Sukan Negara (MSN) memberi peruntukan yang mencukupi sekiranya mahu merealisasikan impian pingat di Olimpik, Tokyo nanti.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai perancangan persatuan itu.
"Proses untuk menghadapi Olimpik ini melalui proses kelayakan, kelayakannya melalui kejohanan-kejohanan besar yang kita perlu hantar pemain kita.
"Kedua kita perlu ada sokongan dan ketiga perlu ada jurulatih berkelas dunia, perkara ini kita dah siapkan secara terperinci dan terpulang kepada MSN untuk mendengarnya," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sidang media khas Datuk Lee Chong Wei di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, hari ini.
BACA: Kanser bukan penghalang untuk emas Olimpik Tokyo - Chong Wei
BACA: 'Saya menangis satu minggu, tidur dan makan tidak boleh' - Chong Wei
Dalam sidang media tersebut, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei sahkan bebas daripada kanser hidung dan akan kembali beraksi di gelanggang selewat-lewatnya Disember ini.
Kerajaan menerusi Bajet 2019, mengumumkan peruntukan RM100 juta dengan harapan impian membawa pulang emas pertama Olimpik tercapai di Tokyo 2020.
Topic Berkaitan
#badminton
#BAM
#Chong Wei
#KBS
#Lee Chong Wei
#lelaki
#Malaysia
#Norza Zakaria
#Olimpik
#sukan
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan