awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi

Bernama
Bernama
01/01/2025
09:17 MYT
BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka menamatkan pencarian ketua jurulatih beregu lelaki baharu dalam tempoh dua minggu ini.
Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam berkata pihaknya kini sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen, yang akan menamatkan perkhidmatan selepas Terbuka Malaysia 2025 bermula 7 hingga 12 Jan ini.
"Pihak kami sedang melihatnya dengan teliti sebelum kami boleh memutuskan ketua jurulatih beregu lelaki yang baharu. Kami sedang cuba melakukannya seawal yang mungkin.
"Jika selesai awal kami akan maklumkan, jika semua berjalan lancar ketika Terbuka Malaysia minggu depan (7-12 Jan) pun kita akan beritahu," katanya ketika dihubungi ini.
Bulan lepas, BAM mengumumkan Bin Shen akan menamatkan tugas pada 13 Jan ini selepas menyertai badan induk itu pada Disember 2020.
Bekas pemain kebangsaan tersebut memainkan peranan utama dalam melonjakkan standard beberapa beregu lelaki negara termasuk Araron-Wooi Yik yang merangkul gelaran juara dunia sulung buat Malaysia pada 2022.
Jurulatih berusia 40 tahun itu akan berkhidmat dengan pasukan kebangsaan Hong Kong di bawah bekas perseorangan nombor satu dunia Wong Choong Hann mulai Februari bersama-sama dua lagi jurulatih dari Malaysia, Jeremy Gan dan Loh Wei Sheng.
Sementara itu, Subramaniam enggan mengulas apabila ditanya sama ada jurulatih berpengalaman Indonesia Herry Iman Pierngadi atau lebih dikenali sebagai Herry IP akan menjadi pilihan BAM untuk menerajui bahagian beregu lelaki.
"Belum putuskan apa-apa lagi. Ia (keputusan) bukan pada saya ia akan menjadi keputusan kolektif oleh pasukan kami. Kita mahu ambil jurulatih yang sesuai bukan sahaja dengan pemain namun dapat bina hubungan baik dengan pengurusan BAM," katanya.
Semalam, komen daripada pemain beregu lelaki Indonesia Mohammad Ahsan di hantaran Instagram Herry IP sempena tahun baharu mencetuskan spekulasi bahawa Herry IP mungkin akan datang ke Malaysia.
Ahsan menulis, "Jangan lupa ajak saya kalo (kalau) mau (mahu) makan (durian) musang king," yang dibalas Herry IP, "Siap Bro Aman."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tan Bin Shen
#pengganti
#BAM
#ketua jurulatih beregu lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan