awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM terima tajaan Affin Group

Bernama
Bernama
06/01/2023
12:00 MYT
BAM terima tajaan Affin Group
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima rangsangan besar selepas memeterai perjanjian penajaan selama dua tahun dengan konglomerat perkhidmatan kewangan Affin Group hari ini.
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima rangsangan besar selepas memeterai perjanjian penajaan selama dua tahun dengan konglomerat perkhidmatan kewangan Affin Group hari ini.
Perjanjian penajaan yang tidak mendedahkan jumlahnya, menyaksikan Affin menyokong inisiatif BAM dalam meningkatkan latihan dan persediaan atlet kebangsaan untuk menyertai pelbagai kejohanan serta program pembangunan.
Ia termasuk menjadi penaja bersama program pembangunan pemain muda dikenali Affin 100 Plus Junior Elite Tour, yang akan diadakan di seluruh negara termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata sokongan daripada syarikat korporat seperti Affin, adalah penting untuk peningkatan berterusan, program pembangunan dan kejohanan remaja.
"Fokus BAM untuk dua tahun ini adalah Sukan Olimpik Paris, justeru, kita memerlukan semua sokongan yang mungkin untuk membantu kita mencapai impian untuk memenangi pingat emas pertama Sukan Olimpik. Kami amat teruja untuk mempunyai satu lagi syarikat gergasi Malaysia bersama dengan BAM," katanya pada majlis perjanjian penajaan itu di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata pihaknya juga teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menyokong badminton sebagai sukan yang diminati seluruh rakyat Malaysia.
"Populariti badminton mencerminkan semangat aspirasi negara dalam mencapai kecemerlangan dalam apa jua yang kita lakukan. Kami sangat komited menyokong pelan kerajaan untuk mencapai kecemerlangan sukan.
"Memandangkan badminton mendapat sokongan padu dalam kalangan rakyat Malaysia, Affin berharap dapat menyokong BAM dalam usaha membawa sukan itu ke peringkat lebih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#Persatuan Badminton Malaysia
#penajaan
#Affin Group
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan