KUALA LUMPUR: Penyediaan dana geran padanan berjumlah RM50 juta yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 hari ini bakal menguntungkan industri sukan negara.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan inisiatif itu sebagai permulaan positif untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan dan seterusnya memberi ruang kepada lebih banyak penglibatan sektor swasta dalam membangunkan sukan negara.
"Inisiatif geran padanan merupakan satu permulaan untuk tidak mengharapkan bantuan 100 peratus kepada kerajaan seperti yang berlaku selama ini.
"Saya pasti inisiatif berkenaan akan menarik sektor swasta untuk terlibat sama dalam industri sukan negara. Ini kerana sekiranya mereka beri dana RM50 juta maka kerajaan juga akan beri jumlah dana sama," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dana geran padanan berjumlah RM50 juta itu bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan khususnya yang berteraskan perpaduan, penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan dan program realiti sukan.
BACA: Belanjawan 2023: RM324 juta bantu tambah baik kemudahan sukan negara
Mohamad Norza juga berkata penyediaan dana berjumlah RM324 juta oleh kerajaan untuk terus menambah baik program latihan dan kemudahan sukan bagi memberi manfaat kepada semua atlet termasuk atlet para adalah mencukupi.
Beliau optimis dana itu dapat diguna sebaik mungkin dalam program 'Road To Gold' bagi merealisasikan pingat emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 memberi manfaat dalam Program Podium selain membantu kontinjen negara menghadapi dua temasya sukan tahun ini iaitu Sukan SEA di Kemboja dari 5 hingga 17 Mei dan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dari 23 Sept hingga 8 Okt.
Katanya cadangan kerajaan untuk memberi potongan cukai kepada majikan yang menggaji bekas atlet juga dapat merangsang syarikat swasta untuk membantu golongan itu dalam meneruskan kelangsungan hidup selepas meninggalkan arena sukan negara.
Bagaimanapun, Mohamad Norza berharap syarikat swasta bergiat lebih aktif dan menyalurkan bantuan lebih banyak berbanding kerajaan bagi membantu bekas atlet negara.
Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed pula berpendapat cadangan potongan cukai kepada majikan merupakan langkah penting bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada bekas atlet yang telah bersara.
Beliau turut mengulangi pendirian untuk menaikkan bayaran 12 skim bantuan kepada ahli YAKEB termasuk kos sara hidup, kos peralatan perubatan dan kos pesakit luar seperti yang telah dinyatakannya selepas pembentangan Bajet 2023 oleh bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Oktober tahun lepas.
Katanya ketika ini, ahli yang memohon bantuan kos sara hidup menerima RM300 sebulan untuk tempoh enam bulan diikuti RM20,000 bagi kos peralatan perubatan setahun dan RM2,500 untuk kos pesakit luar, juga setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023

MOHAMAD NORZA: Inisiatif geran padanan merupakan satu permulaan untuk tidak mengharapkan bantuan 100 peratus kepada kerajaan seperti yang berlaku selama ini. - Gambar fail/BERNAMA

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

Musthafa Kamal yang hilang ketika umrah disahkan meninggal dunia di Makkah
Mereka sekeluarga reda dengan pemergian ayahnya itu setelah menerima pengesahan mengenainya daripada Kedutaan Malaysia pada Jumaat.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

KBS umum syarat mohon geran padanan dalam masa terdekat
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengumumkan syarat permohonan dana geran padanan kepada penggiat industri sukan dalam masa terdekat.

KBS tawar peruntukan naik taraf rumput padang bola sepak di setiap negeri
KBS menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang terpilih.

Belanjawan 2023: Dana geran padanan untungkan sukan negara - MOM
Penyediaan dana geran padanan berjumlah RM50 juta yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 hari ini bakal menguntungkan industri sukan negara.