awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bola Jaring Asia: Harapan ke Piala Dunia tidak kesampaian

Astro Arena
Astro Arena
10/09/2022
11:23 MYT
Bola Jaring Asia: Harapan ke Piala Dunia tidak kesampaian
Malaysia akan mengharungi perebutan tempat ketiga berdepan Hong Kong yang dikalahkan Sri Lanka 43-67. - Stadium Astro
IMPIAN Malaysia untuk layak ke Piala Dunia tidak kesampaian apabila tewas 41-54 dalam pertemuan separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia di OCBC Arena, sebentar tadi.
Pasukan tuan rumah, Singapura, tanpa membuang masa terus mempamerkan aksi yang agresif untuk beberapa kali memerangkap Malaysia.
Begitupun, kekuatan kedua-dua pasukan dalam suku pertama masih seimbang dengan dua mata sahaja memihak kepada Singapura.
Namun, hasrat Malaysia untuk mendapatkan rentak yang lebih selesa dinafikan Singapura yang cukup bertenaga dan dahagakan mata.
Sokongan padu daripada penyokong juga jelas menjadi kelebihan buat mereka di mana Malaysia ada beberapa ketikanya mudah dihukum.
Corak permainan Singapura kekal di sebalik Malaysia berhasil untuk merapatkan jurang dengan menamatkan suku ketiga 36-33.
Malaysia terus berusaha mengejar mata dalam suku terakhir tetapi tidak menjadi kenyataan apabila segalanya serba tidak menjadi untuk akur dengan kekalahan 41-54.
Malaysia akan mengharungi perebutan tempat ketiga berdepan Hong Kong yang dikalahkan Sri Lanka 43-67. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#bola jaring
#Piala Dunia
#skuad kebangsaan
#tewas di tangan Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan